Sunday, 27 February 2011

Cat Burglar

Cat Burglar, kalau ikut definition from a dictionary

A burglar who is especially skilled at stealthy or undetected entry of a premises

Tapi kali ni, mmg betul2 kucing yang mencuri...


 Muka punya la samseng...kui2...

Thursday, 24 February 2011

Sebagai manusia, aku malu dgn hippo

Mula-mula, korang tgk nih




Kemudian, korang baca nih, takmo baca, tgk gambar pun boleh.
Klik sini yer.

Pastu, korang baca berita nih : Klik sini.

Dah la tak tolong. Curik pulak tu. Tu la bila agama hanya atas nama, tapi tak amalkan. Aku malu. Tolak isu agama tu ketepi sekejap. Sebagai seorang manusia, takkan takde rasa belas? Binatang yang lain2 species tu pun tau nak hidup tolong menolong. Kita yg sama species nih apa cerita?

p/s: pas ni kalau orang nak ejek aku gemok cam badak ke, pekak badak ke, hitam cam badak ke, aku tak kisah. Aku bangga. Sebab badak berhati lebih mulia dari manusia!

p/s 2: aku xtau plak hippo tau CPR!! hebat!

Wednesday, 23 February 2011

Migraine...

Doctor dah diagnose aku ada aura migrain, iaitu sejenis migrain yg ada signal awal sebelum migrain menyerang. Tanda2 awal tu mcm pemandangan kabur dan sensitive pada cahaya atau bunyi. Mungkin lepas beberapa minit atau jam selepas dapat tanda2 tu, migrain menyerang. Sekali dia serang tu mmg dahsyat la, sakitnya bukan kepalang, campur ngan muntah2 lagi. Kalau tidur, pas bangun tu pun belum tentu migrain hilang.

Yang ok nya, migrain ni hanya menyerang sekali or paling2 pun 2x setahun. Tahun 2006 kali pertama aku kena, 2007 dan 2009 aku kena sekali. Yang 2007 tu paling teruk sebab aku kena masa tgh kelas. Lecturer soh kawan hantar aku ke hospital.


Lately selalu plak sakit2 kepala. Ni dah masuk hari ke 4 dah aku rasa kepala bedenyut2, mual2. Tak tau la sebab banyak sangat mengadap laptop ke, jadual makan yang tak teratur, perubahan hormon, stress yang memuncak atau mmg nak kena migraine. Sekarang bukan masa yang bagus utk jatuh sakit. Kerja melambak. Hmmmm. Aku dok telan ubat jer. Kalau boleh nak elakkan, sebab takmaula bergantung sgt pada ubat. Lagipun, takut ada side effect je nanti. 

Aku nak baring2 la sekejap, rehatkan otak.... =(


Tuesday, 22 February 2011

Makan makanan haram??

Bila sebut makanan yang haram, kebanyakkan orang akan ingat babi dan arak. So, kalau bukan babi dan arak, semuanya halal.

Tapi korang pun tau kan, makanan yang haram tu luas maksudnya. Makanan yang asalnya halal, cthnya nasi kerabu warong kak limah, tapi cara mendapatkannya haram, cthnya curik dari warong kak limah, jatuh hukumnya haram juga kan?

Macam mana pula beguni-guni beras yang bertaburan di jalan raya akibat lorinya yang terbabas? Macam mana pula dgn air yougurt dan duit syilling yang turut betaburan di jalan raya atas sebab yang sama mcm lori beras tu?

Tak salah kan kutip pastu bagi anak bini makan? Siapa suruh pemandu lori bawak laju2, kan dah tegolek. Kira bagus apa ada sukarelawan tolong kutip sekaligus bersihkan jalan raya.

Ok2...utk sesiapa yg agak 'slow', perenggan kat atas tu adalah sindiran semata2. Sesuatu makanan tu jatuh hukumnya haram sekiranya ia:

  1. telah termaktub haram hukumnya dalam Quran dan hadis seperti babi, arak, bangkai, 
  2. makanan yang kotor dan jijik
  3. makanan yang memudaratkan kesihatan, jiwa, raga, moral etc mcm dadah, rokok
  4. makanan yang diperolehi dari cara yang haram seperti hasil curian, hasil riba, dan cara2 yang dilarang agama


So, kutip beras, yougurt dan duit syilling tu bukan ke sama mcm yang no 4 tu? Hmmm.

Kenapa Islam menitik beratkan tentang makan makanan yang halal? Sebab makanan tu akan jadi darah daging kita. Akan jadi sebahagian dari diri kita. Cth mudah, kalau kita makan makanan yang segar2, berkhasiat, seimbang, badan kita pun sihat. Tapi kalau hari2 dok bedal McD, KFC, memang cepat la dapat sakit jantung, darah tinggi , obes semua tu.

Ni antara kesan makan mknn yg haram (Sumber: Click Sini):

1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. Manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal. Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram. Segala-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.

3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkab dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapin tidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabial mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.

7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini..telah lahir akibat manusia memakan khinzir walupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.

Saturday, 19 February 2011

Who's behind Darth Volkswagen?

Ingat tak entry aku hari tu pasal iklan Volkwagen yang ada Darth Vader kenit? Ni la budak yg belakon jd Darth Vader tu. Comel gile....ala2 Luke Skywalker je rupa dia =)



Max Page, 6 tahun. Sian budak nih, ada congenital heart defect. Umur 3 bulan dah jalani surgery. Pakai pacemaker sampai sekarang. Ape2 pun, budak ni mmg comel. Gerammmm...

Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Sunday, 13 February 2011

C.I.N.T.A

14 February ialah Valentine's Day. Hari menghargai cinta dan berkasih sayang. Tapi, hari ini sebenarnya lebih kepada memperingati St. Valentine. Kalau ikut ahli sejarah dan paderi2 Kristian, susah gak nak kompemkan apa sejarah sebenar penyambutan hari Valentine nih. Mengikut kajian diorg, dulu2 sebelum kedatangan Kristian ke Rome, byk perayaan memuja dewa2 diadakan. So, pada 14 Feb, org2 Rome ni akan mengadakan pemujaan terhadap Tuhan/Dewa Juno, yg dipercayai Dewa Perempuan dan Perkahwinan (Goddess of women and marriage). Pada 15 Feb pula, org Rome akan sambut pesta Lupercalis/Lupercalia.

Pesta Lupercalis/Lupercalia ni plak secara ringkasnya mcm pesta utk mencari pasangan. Zaman tu, pergaulan lelaki dan perempuan sgt2 terbatas. Jadi, setiap 15hb, gadis2 akan tulis nama atas ketas, masukkn dlm balang, pastu teruna2 ni akan cabut satu kertas kat dalam balang tu. Nama yang diorg cabut tu akan jd diorg nyer couple utk hari tu, ada juga hubungan yang berpanjangan, hingga ke jinjang pelamin.

Tapi, lepas kedatangan Kristian ke Rome, segala perayaan2 ni ditukar nama dan digantikan dgn perayaan yg memperingati tokoh2 besar dlm Kristian (paderi2 la selalunya). So, Valentine's Day ni didedikasikan utk memperingati St Valentine, paderi Rome.

St Valentine ni sorang paderi Rom yg hidup di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang kejam. Zaman ni plak, kegemilangan empire Rome ni mula menjatuh. Maharaja Claudius ni rasa antara punca utama kejatuhan Empire Rome ni ialah tenteranya yg mcm lemau2 gitu. Maharaja tu rasa tentera yang single & available lagi bagus dari yg dah kawin or yg sedang hangat becinta. Kira mcm tentera2 single & available ni boleh focus la dlm peperangan. Takde la tgh perang2 tu pun masih mabuk cinta lagi. Jadi, Maharaja ni mengharamkan perkahwinan di kalangan lelaki muda lagi gagah perkasa (potential candidate utk jd askar dia la...). Tapi, St Valentine ni rasa benda ni melanggar fitrah manusia yg dijadikan berpasangan. Jadi dia kahwinkan pasangan2 secara senyap2. Bila Maharaja Claudius tau, amukkan puaka la dia. So, St Valentino ditangkap dan dipenjarakan.

Semasa dipenjara, Maharaja Claudius dtg melawan St Valentine. Soh St Valentine betaubat gitu la, pastu mcm soh tukar ke agama ancient Rome. Tapi St Valentine tak mau. Tetap dgn agamanya. Apa lagi, St Valentine dihukum bunuh pada 14 Feb.

Bila diteliti kisah St Valentine ni kan, konsep mempercayai fitrah manusia jadikan berpasangan adalah bagus. Tapi bila ulama Islam Malaysia mengharamkan sambutan hari Valentine ni, ramai yang kurang setuju. Apa salahnya kita raikan cinta? Yang haram ialah cara sambutannya, kalau pasangan suami isteri nak sambut, apa salahnya kan?

Ok, tu pemikiran aku beberapa jam yang lalu. Tapi, sekarang, selepas aku dah baca beberapa article, ni kesimpulan yang aku dpt:
Kebanyakkan ulama2 Kristian dan ahli2 sejarah besetuju, St Valentine BUKAN diingati sebab usahanya mempertahankan cinta antara manusia.... TAPI..... kecintaannya terhadap KRISTIAN!!
Logic gak ulama2 Kristian & ahli sejarah nak wat kesimpulan mcm tu. Sebab:

  1. Valentine derhaka kat larangan Maharaja Claudius sbb undang2 takleh kawin tu betentangan dgn hukum Kristian
  2. Valentine tetap taknak tukar agama sehingga sanggup dihukum bunuh kerana betul2 cintakan Kristian

Jadi, korang nak ke sambut hari yang meraikan Paderi Kristian yang sangat cintakan agamanya?

Baik kita sambut 12 Rabiul'awal, hari memperingati (wpun patut hari2 kita ingat) KEKASIH Allah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang sangat CINTAKAN Allah, CINTAKAN Islam dan CINTAKAN umatnya.

Akhir kalam, aku percaya pada cinta. Bagi aku, setiap orang yang ada cinta dalam hati, adalah orang yang berhati mulia, yang tak sanggup buat kejahatan. Cinta yg aku maksudkan tu tak lah dilimitkan pada kekasih. Tapi cinta kepada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada agama, cinta pada ibu bapa, keluarga, kawan2, haiwan ternakan dan sealam semesta. Sesiapa yang feeling2 sanggup berkorban kerana cinta hingga menyusahkan orang lain tu bukan cinta namanya, tp NAFSU.


“You Know It's Love When All You Want Is That Person to be Happy, Even If You're Not Part of Their Happiness.”

Friday, 11 February 2011

Bless the Broken Road

I set out on a narrow way many years ago
Hoping I would find true love along the broken road
But I got lost a time or two
Wiped my brow and kept pushing through
I couldn't see how every sign pointed straight to you

Every long lost dream led me to where you are
Others who broke my heart they were like Northern stars
Pointing me on my way into your loving arms
This much I know is true
That God blessed the broken road
That led me straight to you
~ Rascal Flatts

Thursday, 10 February 2011

Kebersihan asas keimanan...

Dah berapa hari entry aku kejenyer nak mengomen orang. Like good je aku nih. Tapi tu la hakikatnyer. Aku stress!!!!

Dah berapa hari bila bangun tdo, ala2 tekezut sebab mcm ada bau kurang enak dlm bilik. Bila kepala dah pulih dari mamai, baru aku ingat, sampah kat dapur dah membuak2 dari tong tp tak buang lagi. Dah berapa hari hidup dalam kebusukan.

Dah berapa minggu dah aku jadi DBB (Dewan Bandaraya Brist*l). Ye, aku mengungkit. Ayah aku pernah pesan, kalau x iklas jangan buat. Nanti bila mengungkit, pahala tak dapat, penat je yg dpt. Okla, aku guna konsep tu. Tapi kalau dah bau busuk masuk dlm bilik, apa tindakan korang?

Kalaulah setiap orang buat part masing2, kan mudah. Tau la masing2 busy. Tapi kat sini takde orang gaji yg nak tolong basuh pinggan mangkuk korang yang betimbun dan berendam beberapa hari tu. Sebelum ni aku basuhkan sbb aku tak tahan tgk. Tapi, bila ingat pesan ayah, aku tak basuh dah. Skrg belonggok dlm sink, siapa yang susah? Aku gak yg susah stiap kali nak guna sink!

Pinggan mangkuk kat rak tangkup tu, sampai pinggan jatuh bederai ke lantai baru tau nak simpan dalam kabinet masing2. Lepas masak dapur tu tak reti nak lap. Meja makan pun kotor ngan sisa makanan. Aku bukan suruh gilap. Aku nak bersih jer. Eeeeeeee.

Masing-masing datang sini buat PhD. Dah besar panjang. Tak payah nak diajar bab2 tanggungjwab nih. Dulu aku buat semua benda, dgn harapan korang ada rasa tanggungjwb nak buat part korang. Or at least rasa malu nak buat kotor. Tapi kalau sampai sekarang semua benda aku kena buat, bila masa pulak aku nak wat keje2 PhD aku?

Dulu masa duduk kat Flat lama, aku masak kat kitchen kwn2 lelaki aku. Kalau aku masak, diorg bersihkan dapur, kemas pinggan mangkuk, buang sampah. Bila diorg masak, aku buat keje2 mebersih yg lain tu. Masing2 buat semua benda sama2. Baru tak penat. Pastu dapur diorg sentiasa bersih. Sebab flatmates yg lain pun naik segan nak kotorkan.

Ingatkan, kat flat baru ni keadaan akan jadi lebih baik, or at least sama mcm aku dok flat lama. Tapi tak. Dah berapa bulan aku perhatikan. Sebagai seorang perempuan, aku malu. Takkan korang nak husband korang nnti tulis blog complaint pasal dapur kotor??

p/s: lalu ke nak masak / makan dlm keadaan dapur kotor??

Wednesday, 9 February 2011

Some people are too 'funny'

Yes, funny in a weird way. Ntah hape2. Marah or sakit hati bila orang layan ko teruk. Tapi, ko sendiri layan orang mcm mana? So, jangan nak salahkan orang lain. Cermin dulu diri tu.

Ko sakit hati bila orang tak reply message, tak return call or tak reply email. Ko mula pikir bukan2. Buruk sangka. Tapi, bila ko buat mcm tu kat orang, ko ingat orang tu xde hati dan perasaan?

Macam mana sakitnya hati ko bila orang buat mcm tu, mcm tu la jugak perasaannya bila ko buat kat orang. What goes around comes around. Hari ni ko buat jahat kat orang, sakitkan hati orang, esok2 orang buat jahat kat ko, sakitkan hati ko. Wpun si pembalas tu bukanlah orang yg sama dgn 'mangsa' ko tu.

Dont expect people to treat you like a queen/king, when you treat people just like a piece of garbage!

Hidup ni kena ada give and take. Kalau ko hanya tau menerima, sampai masa orang pun dah naik menyampah nak memberi kat ko.

Dont think that when people treat you nicely, it means that you are nice. You are wrong!!! They do that because they are the nice one!

If you want respect, you have to gain it by giving it to others.

Tuesday, 8 February 2011

Darth Volkswagen


Eh...x cukup tu...tgk yg ni plak....



Comel betul la!!!! Gerammm....

Monday, 7 February 2011

Thursday, 3 February 2011

The Penguins of Madagascar


Korang ingat tak dalam movie Madagascar, ada 4 eko penguin yang ala2 agen CIA, yang menyebabkan binatang2 yg sepatutnya dihantar ke Africa, tapi tesadai kat Madagascar.

Memandangkan penonton mcm suka ngan 4 eko penguins ni, so diorg wat siri utk 4 eko penguins ni saje. Skipper, Kowalski, Rico, and Private. Tapi character lain dr movie asal mcm King Julian, Maurice & Mort ada gak. Dua eko monyet bijak Mason & Phil pun turut 'belakon' dalam siri nih. Watak baru iaitu Marlene (female otter) pun ada gak.

Aku tejumpa website yg bleh layan siri ni...kui2...bleh la gi SINI klu korang bosan2....
Ada TV series yg lain gak... =)