Tuesday, 31 May 2011

Kisah Anjing

Suatu hari yang hening, kami satu kereta menuju ke arah selatan-barat England. Dalam perjalanan, ternampak padang yang luas menghijau, dan penuh dengan kambing biri-biri. Ternampak seekor anjing berlari-lari mengelilingi kambing, menjalankan tugas sebagai seekor pengembala.

W: ada jenis anjing tertentu je yang digunakan utk jadi pegembala kambing ni kan?

A: ye la, kalau guna jenis poodle, maunyer terkompius...

errr....biri-biri ke nih?
W: habis tu, jenis apa yang diorg selalu guna?

A: errrr.....

L: jenis yang Vegetarian..... =)

i makan carrot je, x makan kamben, so, xyah risau k...

Monday, 23 May 2011

Happy Birthday Adik!

To Adik....

Happy Birthday yg ke 26. No hadiah2 ok. Dah tua bangka dah. Hahaha.

Anggapla ni kakak yg buat...hahaha

Wednesday, 18 May 2011

Confessions

Dah lama tak review filem (penah ke review sblm nih?)...huhuhu. Ye la, review article journal lebih penting buat masa nih. Tapi sebab nak tunggu subuh punya pasal (skrg subuh kul 2am & habis kul 5am, isyak plak 11.40pm, klu tidur pas isyak, kompem tebabas)...aku pun amik peluang la review satu filem Jepun yang aku tengok online baru2 nih.

Tajuk cite ni, Confession. Mengisahkan seorang guru yang kematian anak. Anak dia baru je umur 4 thn mcm tu. Orang kata kematian anak tu adalah satu kemalangan. Tapi dia tak percaya. Dia rasa anak dia kena bunuh. So, bermula lah kisah guru nih mencari pembunuh anaknya.



Laa....tu je ke? Stereotype story la.....

Ha....mungkin itu yang korang rasa. Aku pun rasa mcm tuh. Tapi selepas babak demi babak, aku rasa cerita ni ada kelainan. Plotnya tersusun rapi. Very unpredictable. Penonton disogokkan dengan plot2 yg biasa kita tgk dalam filem2 lain, sehingga menyebabkan kita membuat kesimpulan mudah. Penonton akan kata "ooo...mesti dia ni yang bunuh"...tp selang beberapa minit, andaian penonton meleset sama sekali. Cerita ni seolah2 mengajak kita sama2 cuba selesaikan misteri di sebalik kematian anak guru tersebut.

Jalan cerita memang aku akui agak stereotype. Tapi garapan cerita tu sendiri, plot2 cerita dan lakonan2 mantap budak2 kecik tu memang menarik minat aku tehadap cerita nih. Memang aku tak sangka jalan ceritanya mcm tuh.

Kalau free2 tu, korang tengok la yer. Dan nilai la sendiri. Selera orang lain2 kan? Personally, aku memang suka cerita yg nmpk simple, tp complex sbnrnya. Memangdangkan aku ni memang sejak kecik suka cerita2 penyiasatan dan misteri2 nih, jd Confession telah masuk ke dalam senarai cerita yang aku beri gred A sebab element misteri yang sgt tinggi. Sangat menyebabkan aku tertanya2 dan x sambar nak fast forward ke minit2 terakhir. Huhuhu

Monday, 16 May 2011

Kalau ada chef mcm ni kat dapur korang, apa korang rasa??

Adik aku tu sket2 msg or email aku tanya resepi itu ini. Kadang-kadang mcm geram gak la ngan dia. Penat je aku tulis resepi dgn instruction panjang menjela, tp dia tetap nak tanya itu ini gak. Masalahnyer, soalan tu kadang-kadang tak lojik dan sengaja menekan suis marah aku. Huhuhu

Kalau xde biskut marie, pakai biskut cream cracker tu ok ke tak? - time dia nak wat kek batik
Takde cara yg lebih mudah ke nak buat sizzling mee nih?
-Ada...beli kat kedai....
Klu adik tak nak pakai cili hijau, adik nak pakai cili merah, ok tak, rasa dia sama ke lain?
- Sama je, rasa pedas...

byk lagi la soklan merapu, sampai satu hari tu dia anta msg soh call dia. Mood aku tak baik plak time tuh. Harusla dia kena marah kan. Then, aku terus rampas mic dan menjerit feeling2 dapat role Nyonya Mansoor dlm Ibu Mertuaku seraya berkata...
"Eeee...byknyer soklan...dah2...pasni ko jangan lagi tgk blog aku tu, pi la carik sumber lain, pastu ko tanya la orang tu puas2"

Then, beberapa hari lepas, dia bg video clip nih:


Gile ganas ko. Tekejut mak. Yang tak tahan, pisau dia tuh. Huhuhu. Aku suka yg dia pakai kat tgn dia tuh. Berguna kalau nak goreng ayam ke, ikan ke...leh protect dari percikan minyak. Hahahaha.

Agak2 kalau ada chef mcm tu kat dapur korang, apa korang rasa?? Huhuhuhu. Memang sah 'Hell's Kitchen'.

Klu korang nak try resepi dia, sile la yer. Tapi jgn tiru aksi di minit ke 13:36... silap hari bulan ngan rambut2 korang tebakar. Huhuhu.

Tetibe mcm nak wat Pad Thai. I'm hungry...HUUAAWWRRRGGHHHH!!!

Saturday, 14 May 2011

Hope is a dream that doesn't sleep

Sambil mengenang nasib diri, aku layan lagu nih. Hope is a dream that doesnt sleep. Kena sgt dgn situasi sekarang. At least part tajuk tu la. Hahaha. Part lyrics tu aku x tau la. Tak pandai bahasa korea. Tapi aku rasa kisah cintan cintun la kot.

Sesapa yang tgk Baker King: Kim Tak Gu or peminat tegar Max247 SuperJunior, pasti tau lagu nih...enjoy!


Nanti jumpa sv aku nak nyanyi lagu ni kat dia...biar dia simpati sket ngan aku....hahaha
Tau2 kena caci hina kalah judge AF. Huhuhu

Macam mana nak beli nih??

Aku nak beli nih....
Eh...tak2...yg tu aku mampu beli...hanya £14 je kat amazon...hahahaha...

Aku nak beli nih....


Harga dia.... £180!!!! Hmmm....

Tuesday, 10 May 2011

Nothing sexier than confidence

Dulu aku suka tgk satu rancangan nih. Queer Eyes for the Straight Guys. Carson, salah sorg dari 5 org gay dlm rancangan tu penah ckp "nothing sexier than confidence, love yourself".

Then, seorang sahabat letak lagu nih kat blog dia. A beautiful song with a meaningful lyric. Kalaulah ada orang nyanyi or tuju lagu ni pada aku dgn seiklas hati, I'll marry him at that instant! Haw haw haw.

Saturday, 7 May 2011

Karma

Dalam newsspaper, in real life, byk je cerita perempuan atau lelaki yang ditipu kerana cinta. Ada lelaki yang dah kawin, tapi mengaku single, rosakkan anak orang, pastu blah mcm tu jer. Ada jugak si isteri yang berpelakuan sumbang mcm tuh.

Ada jugak lelaki yang sah2 bujang, tapi bekawan ngan perempuan sebab niat2 tertentu jer. Bagi harapan tinggi menggunung, layan perempuan tu mcm gf, telefon tiap hari, chat tiap hari, over concern kat perempuan tu sampai  dia rasa dia lah perempuan yang paling betuah dalam dunia. Tapi, bila dia dah dpt apa yang dia nak dr ppuan tu, dia tinggalkan je perempuan tu dah end up becinta or kahwin dengan perempuan lain. Lebih mengharukan lagi jika parents pun dah tau pasal hubungan diorg dan mula berharap2 agar hubungan tu hingga ke jinjang pelamin.

Bukan lelaki je, perempuan pun ada yang buat mcm tu. Orang yg hadir dlm hidup diorg tu hanya mengisi tempat kosong sementara diorg jumpa orang yang betul2 diorg nak buat pasangan hidup yang sah. Tak salah pun memilih. Sebab keputusan untuk kawin bukan boleh buat mcm keputusan nak beli baju. Even beli baju pun pk berpuluh kali.

Tapi, kalau tak pasti orang tu la yang sesuai ke tak (actually we will never know until we live under the same roof), xyah la layan over sangat2. Nak kawan buat cara kawan. Semua manusia yang normal tau bezakan layanan istimewa dengan layanan biasa. Tapi kalau dah korang layan lebih2, jgn la nak salahkan perempuan / lelaki tu perasan syok sendiri.

Orang-orang yg mcm ni, semuanya selfish. Pentingkan emosi diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang yang dipermainkan tu. Tak perlu nak guna ayat2 basi "aku nak kawan je dgn dia, dia yg perasan aku suka dia". Kalau ko mmg niat nak kawan, tp orang tu yg perasan, memanglah 'salah' orang tu. Tapi perasaan yang datang tu selalunya luar kawalan manusia. Dah hati nak suka. Muka mcm tembok pecah pun bleh buat xleh tido malam.

Tapi, korang ada option. Kalau dah tau orang tu suka kat korang, tp korang xde hati pun kat dia, korang xyahla layan orang tu sgt dah. "Out of sight, out of mind". Teruskan berkawan dgn orang tu hanya akan menaikkan lagi harapan, membiarkan dia terus menunggu. Orang yg mabuk cinta nih, ko buat baik sket je kat dia, dia dah terawang2an dah. Kalau ko bagi dia sekeping daun kering sekali pun, dia akan simpan laminate buat bookmark.

Tak perlu la guna alasan "aku kesian kat dia". Ko layan dia lebih2 sampai dia mabuk cinta lepas tu ko tinggalkan dia dan kawin dgn org lain...tu cara ko kesian? Lepas tu ko ckp kat dia "jodoh petemuan di tgn Allah". Ko ingat dia boleh lupakan ko sekelip mata?

Kalau korang tersedar yang korang hampir jd mangsa orang2 yg selfish mcm ni, apa korang buat? Bagi aku, memula tu memang remuk gak hati aku nih. Inagt hati kita ni barang mainan ke? Ingat kita ni wonderpet...eh...wonderwomen ke hati tu kental? So, sebelum keadaan jd lebih parah, sebelum aku jd betambah2 rapat dengan dia, baik aku yang blah dulu. Sebelum hati aku yg dah sedia remuk tu hancur bekecai.

Ingatlah janji Allah tu benar. Setiap kejahatan, walau sebesar zahrah pun akan dapat balasan. Kita hancurkan hati orang (dengan sengaja), mungkin satu hari nanti orang buat hati kita hancur plak. Lebih menyakitkan kalau yg menhancurkan hati kita tu tu ialah bf/gf, atau suami/isteri, atau anak2 kita sendiri. Kalau x kena kat kita, mungkin kita tgk orang lain buat kat anak2 kita atau sesiapa je la yg significant pada kita... Wallahualam.

Thursday, 5 May 2011

Mobile Barcode

Sekarang kan teknologi canggih. Semua benda main scan jer, terus data masuk dalam sistem. Contoh paling mudah, barcode yang ada kat pek2 makanan. Scan jer, dah kuar harga.

Yang terbaru (lama gak la sebenarnya, aku je yg bru discover function ni dalam phone aku) ialah QR barcode. Barcode yang seperti ini:

Ce try scan =)

Barcode yg mcm ni korang boleh jumpa kat byk tempat. Cthnya kat papan iklan, surat khabar, papan informasi, flyers, buku dan di mana-mana saja la yang sesuai.




Barcode ni korang scan la dengan handphone (smartphone sahaja yer), pastu dengan automaticnya alamat website iklan, kompeni, blog dan sbgnya tu akan diupload ke handphone. So, xyah la kita susah payah taip alamat website tu. Sekarangkan leh kata semua handphone ada internet function.

Memang bagusla sistem barcode nih. So, katakan kita pi town naik bus, pastu kita nak tau kul berapa bus tu nyer jadual. So, instead of kuarkan pen dan kertas utk catat jadual bus tu, kita scan je barcode yang ada kat tepi jadual tu. So, kita leh access jadual tu bila2 masa je yang kita nak.

Best kan??

p/s: scan la barcode kat atas td tu, leh la baca blog picisan aku ni bila2 korang bosan =)

Wednesday, 4 May 2011

Kucing pun ada Hotel tau!!

MASKargo ada satu service ni. Sesuai la utk sesiapa nak travel jauh, tapi tak tau mana pulak la nak letak binatang peliharaan. So, sebelum belepas naik kapal terbang, leh la 'check-in' kucing atau anjing anda ke Animal Hotel. 6 star uols!!

Siap ada menu lagi.


Dan ada grooming & spa service. Wahh. Curlast habis! Memang 6 star hotel!

Harap2 la tuan aku p travel lama2 sket....

*tp tuan dia p travel dok hotel 1 bintang jer...tsk..tsk...*

Tetibe aku rasa mcm nak bukak hotel kucing ni suatu hari nanti. Macam perempuan ini. Aku yakin mesti dapat sambutan. Tapi aku akan letak deposit yang agak mahal la. Sebab aku takmo hotel aku jd tempat pembuangan kucing plak.

Buat hotel mcm ni mesti laaaagi jimaaattt!!! Hahaha

Monday, 2 May 2011

Once bitten, twice shy...

Kadang2 kita dapat rasakan yang kita takkan dapat apa yang kita inginkan... yang boleh kita buat ialah terus berharap atau redha dgn apa jua yg akan belaku. Aku serahkan segalanya pada Allah. Kalau harapan terlalu tinggi, jatuhnya akan lebih sakit. Jadi, aku patut berhenti setakat ini. Susah. Tapi aku perlu cuba. Kalau tak sekarang, bila lagi. Utk kebaikan aku jugak.

*****

Should I give up or should I just keep chasing pavements
Even if it leads nowhere?
Or would it be a waste even if I knew my place
Should I leave it there?
Should I give up or should I just keep chasing pavements
Even if it leads nowhere?

I think I better leave right now 
Before I fall any deeper 
I think I better leave right now 
Feeling weaker and weaker 
Somebody better show me how 
Before I fall any deeper 
I think I better leave right now

Sunday, 1 May 2011

Portsmouth Shopping Trip

We went to Portsmouth Harbour (again) for a shopping trip. This time, we went there by train. Though I didnt buy a lot of things (sale yg tak memberangsangkan), I really enjoyed the trip. I had a great time with great people =)