Monday, 31 January 2011

=(

"Dia tu hanya satu pesinggahan, aku yakin lelaki tu tak hingin pun kat dia, dia hanya buang masa..."

Pedih betul dgr ayat tu. Nak-nak ayat tu diungkapkan oleh org yg agak rapat dgn aku. Pedih. Sedih. Marah. Tehina. Rasa sgt2 kerdil. Rasa seperti aku ni mcm xda value seorang manusia yg layak disayangi. (alangkah bagusnya kalau org tak sampaikan kata2 kau ni pada aku)

Aku tau aku tak sehebat kau, tak sebaik kau, tak secantik kau, tak sepandai kau, tak sekaya kau, aku kalah dari segala segi. Aku tau hakikat tu, aku tak perlukan org lain utk bgtau aku semua benda tu. Aku sedar diri aku siapa. Cuma, cukup2 la, jgnla hina2 aku lagi, biarpun apa yg ko ckp tu fakta. Aku dah tak sanggup....


 "Biar sendiri hingga hujung nyawa
asal tak sepi dari Kasih-Nya"

Tuesday, 25 January 2011

Tanya dia sendiri la yer

Aku ni ibarat bank simpanan rahsia. Bila orang guna aku sebagai 'atm' bank simpanan rahsia, aku tak kisah sgt. Dah ramai orang dah 'cucuk'2 aku utk dptkan rahsia. Tapi aku bejaya gak kona2 lari dari diorg. Tapi ada gak yg aku gagal. Terutamanya mereka yg memang kaki pusing. Adehhh....

Ada kawan aku kata aku dipergunakan. Aku tak kisah pun bila orang rapat bersebab mcm tu. Kenapa aku nak kisah? Diorang tu tak penting pun dalam hidup aku. Sebab bila aku susah, aku takkan cari diorg. Aku taknak tehutang budi. Lagipun aku ada kawan2 yg betul2 iklas nak tlg time2 genting tu tanpa balasan.

Tapi bila melibatkan mak aku, dan keluarga aku, serta maruah aku, tu yg aku kisah. Kot ye pun nak rapat ngan aku demi sesuap rahsia, tak perlu nak "mengayat" gila2 dan tunjuk ko mcm 'follower' kat fbook..... sampai mak aku, adik beradik aku, kawan2 aku yg ada kat fbook tu sume pk bukan2.

Kalau nak rapat sekali pun, tak perlu sampai nampak mcm beria2 sgt. Aku tau ko nak attract attention aku. Tp biarlah bepada2. Penat aku nak menjawab soalan2 mak aku. Aku dah tutup pun fbook tu. Aman sket hidup.

Tapi, tak dpt fbook, ko call plak kan? Gigih betul. Beberapa hari lepas aku bejaya kantoikan niat sebenar ko.  Dan mintak maaf, aku takleh tunaikan hasrat ko. Memang aku rapat ngan dia, tapi aku tetap hormat hak2 dia. Aku takleh nak paksa2 dia buat sesuatu yang dia tak suka. Dia ada hak utk buat keputusan sendiri. Sorry, aku bukan Queen Control ye. Jadi ko tanya lah dia sendiri yer. Dan jawapan utk soalan2 ko tu, hanya ada pada dia. So, tanya dia sendiri la ye.

Monday, 24 January 2011

Pembunuh dah dijumpai?

(updated version)
Hari tu aku ada cerita pasal Jo yang mati di bunuh seminggu sebelum Krismas. Dua hari lepas, seorang lelaki iaitu jiran sebelah rumah Jo telah ditahan atas tuduhan membunuh Jo. Orangnya berpelajaran tinggi, ada PhD, publication pun banyak, kerja kat architect firm, leads a healthy life. Pendek kata, mcm tak pecaya je dia ni menepati profile seorang pembunuh.

Boleh baca kisah lelaki tu di SINI dan SINI

Hari ni la Tabak akan dibicarakan. Flat aku ni betul2 belakang mahkamah. So, boleh skodeng2. Huhu. Pagi2 lagi reporters dah penuh mengerumun mahkamah. Dalam kul 8.30am, kereta yang bawak Tabak sampai kat pintu belakang mahkamah. Kawan aku sempat la nampak Tabak tu on da way dia ke skul. Saje la tu nak enterframe. Huhuhu.

Teringin gak nak tau sapa pembunuh Jo. Kalau betul Tabak x bersalah, lepaskan la dia. Tapi aku harap gak Tabak ni bukan sekadar kambing hitam.  Ye la, kes ni dah belarutan lama dah. Duit kerajaan pun byk dah habis utk proses penyiasatan. Diorang mungkin dah penat dan mahukan semuanya berakhir.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat je la.

Tabak masih ditahan reman. Next week masuk court lagi.


Korang nampak blakang Court tu ada bangunan hijau biru putih. Tu la flat aku duduk!! Hohoho. Patut aku jengah kuar tingkap sambil lambai2... :D

Friday, 21 January 2011

Bitter Truth







I'd rather know the bitter truth than believe a sweet lie....

Monday, 17 January 2011

Non-Alcoholic Beer?

Korang tentu penah dengar air Barbican? Bentuk mcm botol beer, tp dilabel sebagai non-alcoholic beer. Mula masuk ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2009.

Air ni mula popular dikalangan remaja. Masa aku cari info pasal Barbican ni, tejumpa satu blog. Empunya blog dan orang2 yg komen kat blog tu semua mcm suka Barbican ni, yang datang dlm mcm2 perasa, orange, peach, grapes dan sebagainya. Tambahan pula, stylo habis kalau tonggang botol Barbican ni. Ye la, mcm tonggang arak, tapi halal dan tak memabukkan.

Tapi, aku agak ragu dgn status halal air ni. Walaupun aku tak jumpa fatwa halal haram air ni dari mufti Malaysia, beberapa persoalan yang timbul dalam kepala aku ni membuatkan aku mencari info sekaligus membantu aku dalam membuat keputusan status halal haram air nih.

Info berkenaan Barbican aku ringkaskan spt berikut:

1. Cara pembuatan seperti proses beer
Barbican dipanggil non-alcoholic beer sebab cara pembuatannya menyerupai cara pembuatan beer. Sebab tu dia tak dipanggil soft drink atau air bercabonate. Tapi Root Beer & Ginger Beer mcmne plak? Root & Ginger Beer bukan beer walaupun namanya ada beer. Sebab, dulu2 mmg air ni dalam categori beer sebab cara pembuatannya. Tapi sekarang ginger & root beer dibuat mcm coke, pepsi dan soft drink yg lain. Bleh rujuk sini utk sejarah ginger beer.

2. Fatwa dari negara lain : HARAM
Fatwa dari sumber ini berlandaskan hujah bahawa masih ada kandungan alcohol dalam air tesebut menyebabkan ianya haram.

3. Menyerupai arak
Kenapa kita nak menyerupai sesuatu kaum (kafir)? Rasulullah bersabda yg maksudnya "barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka".

Pastu, perbuatan meniru atau menyerupai sesuatu yg haram tu kan boleh menjadikan sesuatu yg halal itu jatuh hukum haramnya? Contohla, sorg ni minum air teh o, tp dia buat konon2 mcm minum arak, mungkin boleh jatuh hukum haram kat situ.

4. Menimbulkan fitnah
Benda-benda mcm ni la yang boleh merosakkan Islam. Aku cukup menyampah dengan design botol ni. Tak boleh ke design mcm botol soft drink? Nama pun dah mengelirukan, tambah pulak rupa bentuk yang mcm tu.

Cth la, seorang wanita Islam bertudung minum air Barbican ni di satu kedai.
Seorang Islam yg lain nampak akan fikir "eh, nama je betudung, tp tak malu buat dosa tonggang arak, membusukkan nama Islam jer"
Seorang yg bukan Islam mungkin akan fikir "ooo...Islam pun boleh minum arak"

Tak ke menimbulkan fitnah kepada si peminum, dan menimbulkan fitnah pada Islam?

Majlis fatwa Singapore bersetuju bahawa non-alcoholic beer haram antara sebabnya ianya menyerupai perbuatan kaum kafir yg dilarang Islam

5. Kajian scientific tentang bahaya non-alcoholic beer
Kajian dari negara barat pun dah kompemkan non-alcoholic beer ni mmg ada kandungan alcohol, bleh rujuk sini. Keputusan kajian tu menunjukkan yg non-alcoholic beer ni mampu menyebabkan ketagihan alcohol semula pada mereka yg nak berhenti atau dalam proses pemulihan.

Lepas dah baca info2 tu semua, walaupun Majlis fatwa Malaysia xde ckp apa2 pasal ni (or mungkin ada cuma aku je yg tak tau), aku tetap tidak yakin dgn status halal air ni. Air Barbican ni bagi aku mcm percubaan menghalalkan sesuatu yg haram. Sesuatu yg haram tetap haram, babi tetap haram walaupun disembelih.

Lagipun, banyak lagi air yg memang kompem halal diminum kat Malaysia tu. Kenapa air ni yg nak menjadi kegilaan sekarang? Stylo? Hmmm...

p/s: Milo tabur satu!!!

Sunday, 16 January 2011

Tangled

Semalam, cinema kat city centre ada buat tayangan premiere Tangled exclusive utk members.

Tangled dah lama dah tayang kat Malaysia kan? Kat sini baru nak tayang ok...Tak tau la sebab banyak sgt movie yg queue nak masuk panggung or memang UK ni lembab sket bab2 movie nih. Bukan Tangled je, cerita lain pun selalunya lambat seminggu dari Malaysia, klu cerita tu tak glamour sgt, lagi la...sebulan mcm tu baru nak tayang.

Memandangkan dah setahun aku jadi member, tapi tak pernah sekali pun pegi tayangan premiere dia (sebab cerita yg ditayangkan tu mcm x kena ngan jiwa aii), aku p la semalam. Lagipun aku dah lama tak 'berjimba'. Sejak demam teruk & kerja yang belonggok, ada la dalam 3 minggu aku tak jejak kaki ke tanah. Teperap je dlm bilik.

Masa aku sampai kat cinema, org dah beratur panjang. Nasib baik kwn aku sorg ni sampai awal. Yang bestnye, tiket FREE!!! Tgk 3D plak tu. Free 3D glasses lagi. Pastu ramai gila yg bawak anak. Mula la aku rasa risau. Takut x best je tgk ngan bdk2 yg ramai nih. Mesti bising punya.

Tapi kan.... surprisingly, budak2 tu semua behave jer. Klu bising pun, time diorg gelak je. Gelak pun kena dgn scene. Bagus betul. Sebenarnya, xde la surprise sgt pun. Dah cerita best, budak2 pun ralit la tgk.

Cerita Tangled agak berbeza sedikit daripada versi asal. Boleh baca versi asal kat wiki ye.

Sape yg belum tgk lagi, tgk la. Best la cerita Tangled ni. Aku sangat suka jalan cerita dia. Ada beberapa part dlm cerita ni yang menyentuh hati aku. Hampir2 aku menyeka air mata sebab ada babak2 yg aku rasa sedih. Katun dia tu pun, cantik & comel gile. Character yg paling aku suka dlm cerita ni ialah Maximus! ;p

Saturday, 15 January 2011

Lagi cara tambah Swagbucks points

Entry ini hanya utk Swaggernauts (org yg mendaftar ngan Swagbucks)

Cara tambah SB point ialah:

1. Swag Code
Letak swidget mcm yg kat sidebar aku tu kat blog masing2. Then, sekali sekala, klik kat "Swag Code" yang ada kat swidget tu, then dia akan bgtau ada code atau tak. Kalau ada, copy code tu, then pi website SB dan paste kat yg dalam kotak merah dlm gambar di bawah


Btw, bleh juga guna swidget tu utk search, aku try search situ, terus dpt 10 SB...hehehe

Oh, sebelum terlupa, ada beberapa tempat utk dptkan swag code selain swidget.... antaranya ialah blog SB dan toolbar...bleh click sini for more info

2. Hourly Random Winner
Kadang2 dia pick random winner, katakan korang tgh dok surf internet tu, jeling2 la kat homepage SB, mana tau kot2 Swag Name (bukan nama sebenar korang tu, tp nama unik utk swag account korang tu) terpilih macam kat gmba bwh nih...so, click la utk claim the prize... p/s: aku saje click kat situ, pastu dpt warning yg aku xleh claim...hahaha...for more info, click here


3. Jumaat hari penuh barakah...
Hehehe...Jumaat merupakan Mega SB day. So, kalau surf hari Jumaat, ada peluang nak menang SB yg lebih byk. Kalau hari biasa2, mgkin paling byk pun 10. Tapi hari Jumaat, boleh dpt 20 dan ke atas mcm tu la. So, rajin2 la surf internet hari Jumaat. p/s: cari la tazkirah ke kan? Jgn melagha jer...huhu

4. Referral
Yang ni aku baru je perasan. Lepas balik dari rumah Eric, aku tgk SB aku betambah. Rupa-rupanya, kalau kita refer/promote SB ni kat sesapa, if orang tu join, then dia dpt point eg. 10 SB, kita pun akan dpt SB gak! Tapi brapa byk yg kita dpt tu xtau la, sebab tadi aku dpt 17 SB dr Eric =) Thanks Eric for the points. Aku rasa point tu dtg dari point yg dpt hasil 'Search' method. Kalau dia isi survey ke, main game ke, tgk TV ke, tak dapat la.... so, Eric, leh la invite sesape join. Caranya, click je "Promote" then "Invite & Earn"


Rasanya, tu je dulu kot. Ada byk lagi cara rasanya, tp so far, tu la cara yg mudah nak dibuat, dan yg penting, free. Hehehe. Ada je cara mahal nak dpt SB, iaitu ngan beli barang. Tepulang pada u'ol la yer...

Good Luck!

Friday, 14 January 2011

Pembunuhan di Bristol...errkkk

Seminggu sebelum Krismas hari tu, Bristol dikejutkan dengan berita kehilangan Joanna Yeates, seorang arkitek wanita berusia 25 tahun. Seminggu selepas poster kehilangannya ditampal di merata2 tempat, mayatnya ditemui dibawah timbunan salji berdekatan dgn kuari dekat area Suspension Bridge.

Utk berita penuh, bleh tgk sini. Secara ringkasnya, ni kronologi kisah Jo:

Jumaat 17 Dec petang:
Minum2 kat Bristol Rum ngan kawan-kawan sekerja

8mlm:
Keluar dari Bristol Rum, bejalan balik ke rumah, on d way tu dia singgah tesco beli pizza, dan kedai runcit beli cider

9mlm:
Sampai rumah (agaknya), pastu hilang....

19 Dec mlm
Boyfriend Jo yang sblmnya pergi ke Sheffield, balik umah, tgk kucing Jo kelaparan. Dia pelik, tgk coat, kunci, kasut sume ada kat rumah, dia ingat Jo p mana2 yg berhampiran. Bila Jo tak balik, esok pagi2 dia buat report  polis bgtau kehilangan Jo

25 Dec pagi:
Sepasang warga emas jalan2 ngan anjing di kawasan berhampiran kuari di Suspension Bridge, tetibe anjing diorg korek2 timbunan salji dan jumpa mayat.

27 Dec:
Polis sahkan itu mayat Jo, dan dari bedah siasat, Jo mati dicekik / dijerut.



Dah 4 minggu dah kes ni berlalu. Tapi pembunuh masih belum dpt ditangkap. Polis kata, pembunuh tu mcm takde motif personal. Dalam erti kata lain, polis nak bgtau maybe pembunuh ni bunuh suka2, mangsa dipilih random. Menakutkan!!

Yang menjadi tanda tanya,
mana perginya pizza yang Jo beli? Polis nampak Jo beli pizza kat CCTV tp xde trace pizza di rumah Jo
Adakah Jo kenal orang yang bunuh dia? Sebab xde tanda-tanda pecah masuk di pintu rumah Jo.
Adakah Jo beli pizza utk tetamu dia yg berniat membunuh dia? (Berdasarkan 2 botol cider dan pizza saiz large yang dibelinya)

Bagi aku, pembunuh tu mmg orang Bristol, atau dah lama duduk kat Bristol nih. Sebab dia mcm tau2 je selok belok Bristol. Macam tau2 je kat mana tempat yg paling sesuai nak campak mayat. Kalaulah pembunuh tu bejaya campak mayat Jo dlm kuari tu, mmg sampai skrg la x jumpa mayat tuh.

Pastu pembunuh tu mcm dah sedia dgn duit syiling nak byr tol suspension bridge tu. Dengan kebiasaan org sini byr itu ini dgn debit card, jadi bila someone ada cash apetah lagi syiling nak byr tol (yg jenis campak duit, xde penjaga tol), memang la nmpk mcm dah plan je.

Kalau teori polis tentang pembunuh tu membunuh secara random, maybe pembunuh tu ada terdengar perbualan Jo masa kat Bristol Rum tu. Jo mungkin bgtau kawan2 dia yang dia akan spend the weekend alone since boyfren dia p Sheffield. Tapi, takkan cepat sgt pembunuh tu nak merancang agenda pembunuhan tu kan?

Tapi aku kuat merasakan yg Jo kenal pembunuh tu. Mungkin pembunuh tu xde niat membunuh pun, mungkin terbunuh, pastu panik, pastu terus bawak lari mayat tu, pastu mcm tak tau nak buat apa, pastu dpt tau ada kuari dekat2 suspension, then dia dump mayat kat situ.

Setakat ini, polis menemui jalan buntu. Polis tawar £50,000 utk sesiapa yang berjaya bg info utk bantu polis selesaikan kes ini. Apa-apa pun, hanya Allah & kucing Jo je yang tau hal sebenar.

Thursday, 13 January 2011

Get free things with Swagbucks

Sebelum aku terangkan apa tu Swagbuck (SB), aku nak cerita sket2 la mcmn google, youtube, facebook sume tu dapat income...

Bila kita gunakan perkhidmatan search engines contohnya Google, iklan2, sponsor pages, website2 yang ada dlm Google tu mcm bayar pada Google atas khidmat promosi la. So, lagi ramai pengguna Google, lagi byk possibility web/iklan2 tu nak dipromosi dan makin bykla Google dpt.

So, SB ialah satu search engine yg baru nak mula bertapak. Sama la mcm Bing yang collaborate ngan Yahoo. Sebab dia nak galakkan orang guna search engine nih, dia bg reward pada pengguna-pengguna dia. Kira mcm kumpul point la. Pastu, dgn point-point tu kita boleh redeem mcm2 barang. Dan kos penghataran barang-barang tu adalah percuma! Dalam erti kata lain, ala2 Nuffnang la nih.

Tapi.....Swagbucks hanya utk mereka yang ada di US, UK dan Canada sahaja buat masa ini.

So, kalau berminat, apa yang perlu anda buat?

  1. Pergi ke website Swagbucks dan daftar
  2. Gunakan SB mcm korang guna Google, Yahoo semua tu
  3. Lagi kerap korang guna SB, lagi byk point yang korang kumpul
Bagaimana korang boleh dapat point?

1. Gunakan SB sbgi search engine
Point akan diberikan jika korang guna SB naturally, mcm guna google. So, tak bermakna korang klik search bejuta kali korang akan dpt bejuta point

2. Invite kawan-kawan utk join SB. 
Kalau diorg menang point, korang pun dapat point

3. Tonton video di SB
Kat SB ada link utk ke video2 dia. Ala, mcm Yahoo kan ada Yahoo Movie sume tu. So, kalau korang tonton video2 clip dia, korang pun ada chance nak menang

4. Join activities di SB
Ada mcm2 activity mcm survey la, ape la...so, klu nak earn more, kena la rajin jwb2 soklan2 tu...huhu

Apa yang korang boleh redeem dgn point SB?

Macam-macam la korang boleh redeem. Macam point nectar card la juga. 
Antara yang aku tgk2, selain dari barang2, korang boleh redeem voucher juga, contohnya voucher Amazon.co.uk £10
Aku tgh target PS3 ni. 54 ribu point...tp point aku baru 70....huhuhu (okla utk penggunaan selama 3 jam)
Tapi katakan sehari aku earn 70 je, nampaknya lepas 2 tahun baru aku boleh dpt PS3 nih...huhuhu 

For further info, gi la web SB tuh. Aku join je, saja suka2

Tuesday, 11 January 2011

Tolong ingatkan aku.... esok sv nak jumpa....

AJL25 baru je belangsung Ahad lepas. Anna Raffali dgn lagunya 'Tolong Ingatkan Aku' telah berjaya menggondol juara. Ramai tak puas hati. Personally, aku memang tak kisah sapa2 pun menang. Sebabnya, kalau yang aku suka or yg aku tak suka menang, aku bukan dapat trofi apatah lagi duit ribu riban tuh. Cuma, dapat kepuasan hati or sakit hati je la kot.

Seriously, aku tak kenal Ana Rafali tu sapa. Lepas carik kat Youtube, baru tau dia ni pun Youtube sensation mcm Justin Bibir. Lagu boleh tahan, lirik pun ok. Aku takde la plak analyse lirik & lagu bg lagu2 lain yang bertanding. Tak kuasa mak! Biarlah juri2 professional yang tentukan. Diorang lebih tahu.

Sejak dok kat bumi eropah nih, aku jarang dah ikuti petandingan2 mcm nih. Ye la, nak tgk online sikit punya azab. Baik aku layan X-Factor ke, American Idol ke. Format AJL dah lain sket (ye...dah lama dah lain kan?). Takde categori2 sume tu. Tapi aku rasa, perlu ada la categori2 tu, baru la variety. Takde la semua berentak indie dan songwriter type... mcm bosan jer

Dulu ada sorang komposer tak puas hati sbb wujudnya categori. "Ini tidak adil!!" agak2nya mcm tu la kot ayat komposer tu. Katakan ada 6 lagu etnik kreatif yg masuk utk berebut 4 tempat final, tapi tak adil pada 20 lagu pop rock yg nak merebut 4 tempat final. So, nak kata peluang etnik kreatif lebih cerah wpun lagu ntah hape2.

Tapi, aku tetap rasa wujudnya categori tu bagus. Barulah semangat sikit Pak Ngah dan komposer seangkatan dgnnya nak tulis & buat lagu2 etnik kreatif, balada dan sebagainya. Nasibla kalau hanya sedikit je lagu2 genre kurang fofular mcm tu yang berebut tempat final. Kalau nak merasa masuk final, buat la lagu etnik kreatif, peluang masuk kan lebih cerah?

Pastu, keputusan pemenang, x perlu buat ikut category. Nak bg adil, buat open jer. Lagipun x semua lagu etnik kreatif tu x best, masih ingat lagu2 Ct & noraniza idris?

eh...korang tgk tak yg tiru gaya artis tu? xleh blah betul budak2 tu kan? kreatif tahap gaban...pakai apa yg ada jer (kecuali baju 'misha omar' tu..kihkih), sampaikan anting2 pun pakai clip kertas jer...dgn bedak utk effect asap, cadar, dgn tong nasi, jug air jd gamelan..penyapu....kui2...leh la layan utk mengubat hati yg lara...



Harap AJL26 ade abg nuar ;p

Monday, 10 January 2011

Dilema

Aku tak pernah beselindung dalam byk perkara dgn dia. Terutamanya perkara yang turut melibatkan dia tanpa dia sedar. Tapi, sekarang ni aku mcm dalam dilema. Perlukah aku bagitau, atau tidak.

Aku nak bgtau, sebab aku rasa dia patut tau hal sebenar, sebelum orang lain yang menyampaikan. Ye la, better dia tau cerita dari mulut aku, dari mulut org lain.

Tapi, dalam masa yang sama, aku takut benda ni boleh mengganggu emosi dia. Aku pun tak pasti boleh mengganggu atau tidak. Huhuhu. Perasan je lebih. Kui2... Ntahla....aku bingung.... aku xnak tambah masalah yang dia ada, taknak serabut2kan pemikiran dia. Mungkin biarkan benda ni jadi rahsia seumur hidup.

Tapi aku rasa tak sedap bila tak bagi tau hal ini. Terasa mcm tak jujur plak. Lagipun aku takut pisang berbuah 2x. Dulu aku rahsiakan satu perkara, last2 end up perkara tu menyusahkan dia, menyedihkan dia. Hmmm...aku tak boleh tgk dia sedih. Not at this time.

Tapi bila pikir2 balik, ntah2 benda yang aku nak bgtau ni x penting pun pada dia. Aku je perasan lebih2.... huhuhu

Nak bagitau ke tak? Bagitau ke tak? Bagitau ke tak? Haissshhhh.....

Saturday, 8 January 2011

The Famous Chicken

Masa tgh bosan2, aku tejumpa beberapa video tentang the Famous Chicken, maskot utk team baseball San Diego. Memang entertaining tgk gelagat si Chicken nih...

Korang layan nih....



Cop...cop...tak habis lagi....




Padan muka...sape soh nakal sgt...hehehe

Wednesday, 5 January 2011

Batuk dan Ubatnya

Aku kalau batuk, mesti lambat nak sembuh. Pastu batuk mesti teruk, sampai otot perut pun sakit sebab batuk kuat & kerap sangat.

Ubat batuk cap ibu & anak dah sebotol aku telan. Yang tak larat, tiap kali lepas makan ubat batuk, mesti mengantuk tahap gaban. Tak jadi kerja aku.

Jadi, aku search kat internet, cara-cara melegakan batuk dgn cara 'kampung'. Ada banyak, tapi aku try yang mudah-mudah saje. Kalau kena guna air embun la, rebus daun senduduk 5 hari 5 malam la, makan hati gajah dan sebagainya, huhuhu....KIV je la...

So, aku try petua2 nih, yang mana mendapat rating tertinggi dari segi kebekesanannya.

1. Madu + Serbuk kayu manis + air suam
Campurkan 1 sudu besar madu + 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dalam 1/4 cawan air. Minum 2 kali sehari

Verdict: aku minum 2x jer. Pastu aku dah x lalu nak minum. Makanya, batuk aku tak elok2 gak lagi.

2. Lemon + serbuk blackpepper + garam




Potong lemon mcm potong orange, taburkan permukaannya dengan serbuk blackpepper dan garam. Hisap hingga habis. Buat sekali or 2x sehari hingga sembuh.

Verdict: Sedap gak rasa masam lemon bila becampur blackpepper dan garam. Tapi terherot berot gak muka aku menahan kemasaman itew. Aku buat 2-3 kali je pastu aku malas. Tapi rasa panas blackpepper tu bagi kelegaan juga pada tekak. Cumanya, kalau hisap tak kena gaya, mau tesedak2. Tambah masalah lain plak.

3. Tea + madu + lemon


Buat air teh mcm biasa, tapi gunakan madu sebagai pengganti gula dan letakkan hirisan lemon. Tapi jgn bubuh ais! Walaupun korang nak feeling2 minuman mewah dihotel, tunggu habis batuk baru boleh letak ais.

Verdict: Ni paling aku suka. Dah la rasanya sedap, rasa mcm ice lemon tea without the ice....(duuhhh).... Aku buat sejug, pastu minum puas2. Dah habis, tambah lagi....

So far, batuk dah semakin pulih. Masih ada batuk lite2. Tapi insyaAllah, berkat usaha (usaha la sgt...) akan bertambah pulihla ini batuk.

p/s: kalau korang selsema, pastu hidung tersumbat masa nak tdo, korang lumur vicks kat tapak kaki, pastu pakai stoking. Cubalah!! Aku dah try, mmg mujarab!

Saturday, 1 January 2011

2011

Kejap betul masa belalu. Dah 2011 dah. Bila dipandang ke belakang, ngeri jer, ntah apa2 je 2010. Takde pencapaian yang boleh dibanggakan. *Sigh* So, mode 'jgn pandang belakang' is on!

Permulaan tahun 2011 agak hambar.

Laptop
Sehari sblm Xmas, 4 fail jenis box yang padat ngan segala mala mak nenek articles jatuh menghempap laptop. Sebelum jatuh tu, sempat boxes tu sauk lampu meja sekali. Menggigil kepala lutut bila laptop kiok selepas hempapkan maksima itew. Seb baik ada back up, kalau tak, mau aku rebus semua articles tu buat sup, takpun bakar buat unggun api sambil panggang ayam turkey. Alhamdulillah dah dpt laptop baru, tapi tekial2 mencari compatible softwares utk data2 dan kerja2 aku.

Swine Flu?
Tak cukup ngan tu, aku demam teruk. Ni gara-gara pi shopping tak hingat. Aku tak penah demam seteruk ni seingat aku la. Mula dengan sakit2 sendi, pastu sebelum tido, menggigil tak hingat. Lepas menyusup bawah duvet selama beberapa jam, tetibe badan jadi panas sepanas-panasnya. Sampai takleh tido. Dengan satu badan rasa sakit. Esok, mcm ok. Aku gigihkan hati pergi beshopping lagi. Malam tu kejadian sama berulang kembali. Kul 3 pagi, siap muntah, migrain dan bleeding.

Selain demam, batuk dan selsema pun ada. Sebab tak larat nak bejalan ke hospital, aku call Dr, Dr suspect aku ada Swine Flu!! Sebab semua symptom2 swine flu tu ada pada aku. Aku bagaikan tak percaya, pastu Dr soh aku bukak website. Huhuhu.

Bilik plak takde ubat demam. Aku selongkar, jumpa painkiller, aku telan. Jumpa aspirin, aku telan. Asal namanya ubat aku telan, kecuali ubat gigi. Huhu. Tadi baru kawan aku bagi paracetemol. Sekarang dah hari ke-5 demam. Klu tak kebah gak, Dr nak bg Thamiflu. Hmmmm.

So, malam tahun baru, aku telantar atas katil, sambil tgk bunga api di luar tingkap. Curlast tak view dari bilik aku? hohohoho.

Facebook
Oh ye, pada yang mengenali diri ini, aku dah tutup account facebook aku. So, kalau nak contact aku, banyak lagi cara lain. Email ada, YM pun ada. Surat menyurat pun aku layan =)

Okla, sempena tahun baru ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru 2011. Kita tak mampu mengubah sejarah, tetapi kita mampu mengubah masa depan =)