Friday, 14 January 2011

Pembunuhan di Bristol...errkkk

Seminggu sebelum Krismas hari tu, Bristol dikejutkan dengan berita kehilangan Joanna Yeates, seorang arkitek wanita berusia 25 tahun. Seminggu selepas poster kehilangannya ditampal di merata2 tempat, mayatnya ditemui dibawah timbunan salji berdekatan dgn kuari dekat area Suspension Bridge.

Utk berita penuh, bleh tgk sini. Secara ringkasnya, ni kronologi kisah Jo:

Jumaat 17 Dec petang:
Minum2 kat Bristol Rum ngan kawan-kawan sekerja

8mlm:
Keluar dari Bristol Rum, bejalan balik ke rumah, on d way tu dia singgah tesco beli pizza, dan kedai runcit beli cider

9mlm:
Sampai rumah (agaknya), pastu hilang....

19 Dec mlm
Boyfriend Jo yang sblmnya pergi ke Sheffield, balik umah, tgk kucing Jo kelaparan. Dia pelik, tgk coat, kunci, kasut sume ada kat rumah, dia ingat Jo p mana2 yg berhampiran. Bila Jo tak balik, esok pagi2 dia buat report  polis bgtau kehilangan Jo

25 Dec pagi:
Sepasang warga emas jalan2 ngan anjing di kawasan berhampiran kuari di Suspension Bridge, tetibe anjing diorg korek2 timbunan salji dan jumpa mayat.

27 Dec:
Polis sahkan itu mayat Jo, dan dari bedah siasat, Jo mati dicekik / dijerut.



Dah 4 minggu dah kes ni berlalu. Tapi pembunuh masih belum dpt ditangkap. Polis kata, pembunuh tu mcm takde motif personal. Dalam erti kata lain, polis nak bgtau maybe pembunuh ni bunuh suka2, mangsa dipilih random. Menakutkan!!

Yang menjadi tanda tanya,
mana perginya pizza yang Jo beli? Polis nampak Jo beli pizza kat CCTV tp xde trace pizza di rumah Jo
Adakah Jo kenal orang yang bunuh dia? Sebab xde tanda-tanda pecah masuk di pintu rumah Jo.
Adakah Jo beli pizza utk tetamu dia yg berniat membunuh dia? (Berdasarkan 2 botol cider dan pizza saiz large yang dibelinya)

Bagi aku, pembunuh tu mmg orang Bristol, atau dah lama duduk kat Bristol nih. Sebab dia mcm tau2 je selok belok Bristol. Macam tau2 je kat mana tempat yg paling sesuai nak campak mayat. Kalaulah pembunuh tu bejaya campak mayat Jo dlm kuari tu, mmg sampai skrg la x jumpa mayat tuh.

Pastu pembunuh tu mcm dah sedia dgn duit syiling nak byr tol suspension bridge tu. Dengan kebiasaan org sini byr itu ini dgn debit card, jadi bila someone ada cash apetah lagi syiling nak byr tol (yg jenis campak duit, xde penjaga tol), memang la nmpk mcm dah plan je.

Kalau teori polis tentang pembunuh tu membunuh secara random, maybe pembunuh tu ada terdengar perbualan Jo masa kat Bristol Rum tu. Jo mungkin bgtau kawan2 dia yang dia akan spend the weekend alone since boyfren dia p Sheffield. Tapi, takkan cepat sgt pembunuh tu nak merancang agenda pembunuhan tu kan?

Tapi aku kuat merasakan yg Jo kenal pembunuh tu. Mungkin pembunuh tu xde niat membunuh pun, mungkin terbunuh, pastu panik, pastu terus bawak lari mayat tu, pastu mcm tak tau nak buat apa, pastu dpt tau ada kuari dekat2 suspension, then dia dump mayat kat situ.

Setakat ini, polis menemui jalan buntu. Polis tawar £50,000 utk sesiapa yang berjaya bg info utk bantu polis selesaikan kes ini. Apa-apa pun, hanya Allah & kucing Jo je yang tau hal sebenar.

No comments:

Post a Comment