Thursday, 28 April 2011

Lesson I learned today....

Don't depend too much on anyone on this world because even your own SHADOW leaves you when you're in darkness
(Ibn Taymiyyah)

Sunday, 24 April 2011

Beauty lies in the eyes of the beholder

Tu la pepatah omputih...cantik tu pada org yg melihat...cantik tu very subjective....

Tapi bagi aku, kebanyakkan yang cantik dan huduh tu objective...cthla...siapa rasa Aisywarya Rai tu cantik? Bleh kata 80% orang akan kata Ya....tu la cantik yg objective....

Bila aku ckp psl rupa paras nih dan refer pd diri aku, org akan kata aku ni mcm x besyukur. Aku syukur aku cukup sifat...tp as a human yg ada perasaan, aku rasa sgt2 inferior bila orang yang cantik becakap tentang kecantikkannya dan kelebihan yang dia dpt, pastu mcm membanding2kan dgn aku....ataupun terus terang mengutuk aku....

Antara ayat yg aku penah dpt
"Aku suka keluar ngan A, sebab kalau kuar ngan dia, mesti lelaki2 ngorat A je tp x ngurat aku. Macam hari nih, penat je nak buat muka stone bila kena ngurat" kata si B sebaik saja lepas kuar ngan aku.
Aku rasa dia nak rapat ngan ko bukan sbb dia nak ngurat ko mcm yg C ckp, tp ko tau la dia kan anak sulung, selalu anak sulung ni kurang kasih sayang, so, dia mcm nak perhatian dari seorang yg dia anggap mcm kakak.
Apsal dia rapat ngan awak ye? Mesti sebab ada kepentingan je tuh. Ye la, awak kan mcm tau byk benda kat UK nih. Lagipun perempuan melayu kat sini limited.
Orang hensem mcm D tu, mesti la nak yang sepadan, nak yang cantik gak. W*n tu je yang syok sendiri, tehegeh2. Lumrah orang lelaki ni memang sukakan yg cantik. Tgk la si E, x hensem mana pun, tpi high taste set2 America's Next Top Model. Apatah lagi klu orang mcm D tu kan?
Ada orang bgtau yg si D ni menolak cinta si F sebab W*n, betul ke? Apa yg dia nak dari W*n atau apa W*n dah buat sampai orang cantik mcm F tu pun dia boleh tolak? 

Byk lagi ayat yg ada dlm kepala aku. Tapi disaat aku menaip nih, air mata dah bejurai2. Aku x mampu nak tulis semuanya. Terlalu pedih bagi aku.

Dulu, masa degree, 4 tahun aku 'berperang' dgn diri sendiri. Cuba yakinkan yg aku ni patut bersyukur sebab cukup sifat. Tak cacat. Tak cantik takpe, janji hati baik, otak cerdik. Tapi setiap kali orang lemparkan kata2 tu...setiap kali tu la aku akan menangis. Nak2 yg ckp2 tu adalah orang yang terdekat dgn aku.

Ditakdirkan bila buat PhD ni, aku ditemukan lagi dgn org2 yg mcm tu. Aku pun xtau kenapa aku x boleh jadi kuat. Tak boleh ignore kata2 org2 tu. Mungkin sbb kata2 kawan masa degree & masa PhD mcm agree to each other, so mcm support theory 'aku ni huduh, tak layak kwn ngan lelaki, klu kwn pun, sbb ada kepentingan je'.

Tambah pulak dgn kwn rapat aku kat sini yang penah ckp "cantik tu mmg dlm criteria calon isteri aku la...ala2 Diana Danielle ke...ye la, nak mengadap muka dia hari2, nak bangun pagi sebelah dia, klu x cantik tu, bangunb pagi tekejut tgk muka bini sendiri"

Aku mcm 'termakan' gak ngan kata2 dia. Ye la, nak mengadap muka org tu hari2. Kena la muka yg kita suka. Mesti la yg cantik. Wpun aku tau, cantik tu x menjanjikan kebahagiaan rumah tangga. Ramai je perempuan cantik yang bercerai.

Cantik pun x menjanjikan kita dapat apa yang kita idamkan. Cantik tu pun xde nilai disisi Allah....tp di saat kata2 tu dilontarkan kat aku, takde benda lain yg ada dlm hati dan pemikiran, selain dari rasa tehina dan sangat2 inferior. Rasa mcm diri ni hina dan huduh sgt2 di mata orang. Rasa mcm x layak dicintai. Tak layak jadi isteri. Rasa mcm orang yang nak bekawan dgn aku semuanya sebab ada kepentingan, bukan sebab ikhlas bekawan. secara tak langsung buat aku berfikir 'patut xde sapa nak kat aku'.

Sebab tu aku lagi suka kawan dgn kucing dari kawan ngan orang. Sekurang-kurangnya luka dicakar kucing boleh sembuh, hilang sakit walaupun berparut. Tapi luka di'cakar' kata-kata kesat orang ni akan tinggalkan parut yang mendalam, dan akan sentiasa bedarah bila dikenang.

p/s: Aku benci bila satu insiden kurang enak jadi, menyebabkan benda2 lama pun aku ingat balik. Takmau jumpa orang hari nih. Kena pujuk hati sendiri =(

And when we feel incredible fear
let us recall that He's always near.
Did you ever think to say a word in prayer?
You know that He will hear.

And when we feel incredible fear
let us not shed one single tear.
Even when the road is narrow and confused
you know He'll make it clear.

Now that I know it's gonna be alright
tonight, He's watching with His eyes.
I have no fear cause He's always near to me.
He's right here by my side.

I am afraid when I'm lost at sea
and I can't be brave, no, when I trust in me.
Oh, these are the times in which I call on Him the most.
I know He sets me free. Yeah

And now that I know it's gonna be alright

Yes...I hope it's gonna be alright....

Saturday, 23 April 2011

A Zoo Day!

Cam comel lak. Tua2 bangka pi zoo. Hahaha. Bagi aku, zoo mmg dikaitkan ngan kanak-kanak. Sebab masa kecik2, zoo mesti ada dalam list aktiviti cuti sekolah.

Sebagai seorang yang suka binatang, memang aku suka la pegi zoo. Tapi, masa dok Bahau, macam jauh gak nak pi Zoo Negara. So, ayah selalu bawak aku pi Taman Burung kat Seremban. Dekat ngan A&W. Ntah ada lagi ntah tidak Taman Burung tu. Walaupun namanya Taman Burung, tapi klu tak salah aku, binatang lain pun ada gak.

Kali terakhir aku pi zoo ialah 5 tahun lepas. Zoo Taiping. Tu pun masa kawan aku kawin. Alang-alang rumah dia dekat ngan zoo taiping tu, tu yang kitorang singgah. Memang best.

Tadi, buat pertama kalinya aku dan kawan2 menjejakkan kaki ke Bristol Zoo setelah bekurun duduk kat bristol nih. Dah lama aku nak pi sebenarnya, tapi aku tak penah nak suarakan pendapat. Takut dilayan sepi jer. Hahaha. Ni dah alang2 ada yang excited nak bagi makan rimau, zirafah sume, kitorg pun plan nak bekelah skali kat zoo tu. Menu: Nasi Lemak dan Oreo Muffins. (Seb baik rimau sume tu x tumpang ngap skali)
















half horse half zebra






one of my fav animals....MEERKAT!!!





tecit je yg tu...comel gilerrr

tepinga2 ngan bunyi helicopter








comelnyer mama lion ngan anak kembar dia...

ala2 sopan gitew...dgn hrpn dpt jd penjaga anak singa ngan meerkat



Gambar binatang tak byk...gmba aku je yg lelebih...hahaha

Okla Zoo Bristol nih. Binatangnya memang byk. Tapi binatang yg tak berapa menarik minat aku. Katak, ular, serangga, tikus...dlm erti kata lain, amphibia, reptilia, serangga dan ikan mmg byk....ngan species2 monyet gorilla sume tu.... cuma aku mcm tecari2 binatang2 africa mcm badak sumbu, zirafah, harimau, gajah, rusa mcm tu la.

"Nak binatang2 mcm tu...pi Safari Africa la oii...byk songeh plak"...maybe ni la kata2 penjaga zoo klu aku tny kat diorg mana binatang2 tu sume....huhuhu

p/s: Ada kedai souvenir, brg2 mahal, so kitorg end up beli fridge magnet yg jenis ala2 mesin beli chewing gum tu.. masuk 1paun, then putar, fridge magnet jatuh...so, ikut nasib la dpt gmbar apa...ada org tu dpt gmba burung kenyalang....HAHAHA....mesti xde sapa pecaya dia p Zoo di Bristol...kui2

Friday, 22 April 2011

Saengil Chukha Hamnida Intan!!!!!!!!!

To my ever dearest lil sister....

HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!!


I hope you have a good one!

Just imagine I baked this cake for you...hehehe
Intan...
May all your wishes come true..
Semoga cepat bertemu jodoh...ahakksss =)

Wednesday, 20 April 2011

Lost... =(

After nearly two weeks of search, I have to accept the fact that I left my tripod in Chicago.

It was no ordinary tripod. It was my favourite. 
It's a gorillapod.



It has flexible legs make it so convenience when you want to do outdoor shooting.
You can attach it to almost anything.






Please do not attach Gorillapod to your feline friend...look how angry she is! LOL!
Maybe I need to buy a new one. Hmmm...But surely not very soon. =(

Nak Makan Kek!!!

Lamanya tak makan kek yang best2....

Nak p Patisserie Valerie, kedai kek tu tapi ntah bila ntah...


Nak Double Choc Cake tu ngan Fruit Tart dia!!!! Dapnyerrrrrrrrrrrr!!!!!!!

Sunday, 17 April 2011

Junior MasterChef Australia

Dulu, aku selalu tgk satu show nih, Masterchef. Tadi, masa borak2 ngan kawan baik aku, dia suggest aku tgk Junior Masterchef. Pertandingan masak2 untuk kanak-kanak berumur 8 tahun - 13 tahun (kot). Gile comel & gile terer budak2 tu masak. Masak sambil baring jer. Aku dulu kecik2 tau masak nasik ngan masak air jer. Kui2

Friday, 15 April 2011

AudiologyNow! Chicago 2011: Time to shop!

Alang-alang sampai Chicago, biar sampai ke kedai Coach..hahaha... Salah satu benda yang aku nak buat selain dari conference dan jenjalan ialah shopping. Sebab masa terhad, jadi aku dah siap2 plan brg apa yang aku nak beli. So, Hafiz pun senang nak plan utk aku. Senang dia nak decide kedai apa yang dia nak bwk aku p. Masuk je kedai, terus aku ke department barang yang aku nak. Tak mau lengah masa utk window shopping. Gitew la.




Masuk TJ-Maxx jer...beli barang clearance...tu je la yg mampu..huhu


Shop till you drop...literally...kaki aku teseliuh (masa convention lagi)...huhu

Ececece...gaya seorang shopaholic...posing je lebih...padahal tak beli pun beg2 tu sume
Beli sikit je la...ikut keperluan bukan kehendak (kononnya)...takkan beli handbag dah dlm masa 10 tahun akan dtg...kui2

Rasa cam byk pulak yg terbeli...cam nak pulangkan balik...huhuhu

Sepanjang duduk kat UK, aku memang xde shopping handbag. Bagi aku design handbag kat UK mcm old fashion & terlalu formal. Tipu la klu aku tak beli langsung. Ada la sekali dua beli. Tapi tu pun jenama US, Nine West and Espirit. Oh, aku ada beli beg Estee Lauder, £2.50 sajok, sbb org tu dpt free beli make up estee lauder tp dia xnak beg tu...hahaha.

Aku bukan la kisah sgt psl brand sebenarnya. Cuma kat sini, barang brand kadang2 sama je harga ngan barang2 cap ayam. Nine West yg aku beli tu pun £5 jer after sale. Espirit plak £25 after sale. Huhuhu.

Eh..lari tajuk lak. Pas shopping handbags, aku p carik souvenirs. Banyak je souvenirs, tp mahal gilos. Tu pun Hafiz bawak aku p tempat yg jual murah. Aku beli keychain 3, magnet 3, monument 3, glass 6 sume skali total $55. Gile ah. Murah lagi la London, magnet 13 ketul baru £10


Carik souvenirs...gile mahal souvenirs kat Chicago, plus 10% tax...adehhh

Aku balik hari Ahad 8hb. Kiranya, kul 1.30pm dah kena ada kat O'Hare airport. Pagi2 lagi aku dah bangun siap2 gerak ke Kenosha Factory Outlet. Diorg bukak kul 10am. Sampai2 jer, terus belari2 masuk kedai Coach. Menurut Hafiz, seb baik kitorg sampai awal. Kalau tak, nak masuk pun kena beratur.

Hasil tangkapan, agak memuaskan. Cuma rasa rugi sangat2 sebab sambar 1 je handbag Coach. Sebab murah gile2 bila banding ngan harga kat Malaysia. Klu kat Malaysia, memang aku tak mampu la nak beli. Sebab aku tak rasa aku akan sanggup nak spend beribu hanya utk handbag. Membazir jer bagi aku la. Sebab klu nak begaya sgt pun, kena bijak. Gaya tak terletak pada harga jer. Tak semua barang mahal tu cantik. Klu bijak shopping, bleh dpt benda cantik, berjenama tapi dgn harga yg murah.


Coach Factory Outlet kat Kenosha, Wisconsin...best shopping sini sbb tax 5.5% sajer, Coach 75% discount uols! 

Niat nak tunjuk Coach tu, tp tangan smpai Restoration Hardware jer...hahaha
As conclusion, I had a great time in Chicago with great people. Hafiz tu mmg bleh wat geng la. Geng shopping. Rajin melayan kerenah aku. Selagi tak dpt apa yg aku nak cari, selagi tu dia bwk aku ke kedai. Cuma masa suntuk. Kalau ada rezeki, memang aku nak dtg Chicago ni lagi. Macam tak puas lak explore Chicago...ehh...silap...tak puas explore Kenosha Factory Outlet...hahahaha

Previous Entry: AudiologyNow! Chicago 2011: Explore Chicago