Alang-alang sampai Chicago, takkan tak explore plak kan? Tapi sebab jadual convention tu agak pack, jadi aku mcm tak sempat sgt la nak cover semua tempat-tempat wajib pegi. Chicago ni besar, nak cover semua tempat penting dalam sejam dua memang tak cukup.
Hari ketiga baru sempat berjalan-jalan sikit sekitar city centre. Lagipun hari-hari sebelumnya cuaca tak brapa bagus. Hujan tu satu hal. Angin punya la kuat, masyaallah. Hari Khamis aku jenjalan sensorang. Hari Jumaat baru aku jumpa Hafiz, student yg blajar situ.
Sedikit sejarah Chicago
Chicago bandar terbesar di Negeri Illinois, US. Tapi bukan ibu negeri Illinois. Ibu negeri Illinois ialah Springfield. Chicago digelar 'The Windy City', berangin je selalu, maybe sebab lokasinya yang betul2 di tepi Tasik Michigan yang besar. Chicago juga bandar ketiga terbesar di US selepas New York dan Los Angeles. Ada beberapa tokoh besar / celebrities yang tinggal kat Chicago. Antaranya ialah Barack Obama (private house) dan Oprah.
Masa zaman dulu, ada sorg ni yg agak miskin. Rumah dia xde letrik, dia hanya pakai lilin. Satu hari mcmne ntah lilin dia jatuh dan rumah dia tebakar. Disebabkan satu rumah, habis merebak ke rumah2 lain. Sudahnyer, 1/3 bandar Chicago tebakar. Tapi punca sebenar kebakaran tu xde siapa yg betul2 tau. Bleh la baca ngan lanjut tentang Great Chicago Fire 1871 kat Wiki.
Ni la antara tempat2 yang aku sempat lawat.
Banyak gak tempat tak sempat p. Tambah pulak kaki teseliuh. Tapi sebab xnak menyesal dikemudian hari, aku gagahkan juga. Petang2 sikit aku jumpa Khairul dan Hafizah, student kat Chicago gak. Diorg bawak aku p makan kat kedai Thai.
Coming up next: AudiologyNow! Chicago 2011: Time to shop!
Previous Entry: AudiologyNow! Chicago 2011: The Convention
No comments:
Post a Comment