Friday, 15 July 2011

I feel so useless...

Aku faham bila seorg kawan tak nak share masalah sebab tak nak bebankan aku, tak nak susahkan aku, tak nak pening2kan aku dengan masalah dia. Aku faham niat dia rahsiakan masalah dia dari aku. Aku appreciate niat dia tu. Tapi, aku akan lagi rasa sangat2 dihargai bila dia pilih aku utk jadi pendengar masalah dia dari org lain, jadi 'shoulder to cry on', jadi tempat luahan rasa, jadi orang yang dia percaya ketika emosi dia di tahap yang paling fragile.

On my side, sbg seorg kawan, aku rasa sgt2 useless. Aku tak suka jadi pihak yang menerima jer. Time aku ada masalah, dia lah orang pertama yang menolong aku. Time aku sedih, dialah orang pertama yang memujuk aku. Tapi, aku tak boleh buat benda yang sama bila dia yang ada masalah. Aku tau dia iklas. Tak harapkan balasan dari aku. TAPI..... apa gunanya aku?

Aku tak pernah rasa susah bila kawan2 mintak tolong. Tu la fungsinyer kawan kan? Memang aku busy, tapi aku bukanlah buat kerja 24 jam pun. Ada je masa luang. Dan utk kawan yang aku dah anggap mcm family, aku akan cuba jugak wujudkan masa tu utk diorg. Aku sanggup buat apa saja sekiranya aku mampu.

Sedih bila rasa mcm nih. Fungsi sebagai pendengar pun xde. Rasa mcm diri ni parasit. Hanya tau menepek pada kawan ketika aku memerlukan, tapi xde bila diperlukan. Bukan lah aku nak menyebok dalam hal orang, tapi....hmmm...

Aku sedih tengok kawan aku sedih or ada masalah, tapi aku LAGI SEDIH TENGOK KAWAN AKU SEDIH, TAPI AKU  TAK BERBUAT APA-APA EVEN JADI PENDENGAR.

Tolonglah jangan anggap aku akan rasa susah setiap kali ko mintak tolong dari aku. Anggaplah ko beri aku peluang berbuat kebaikan, berbuat pahala. Anggaplah dengan usaha aku memudahkan urusan ko, Allah memudahkan urusan aku.

p/s: Mungkin aku pun patut rahsiakan segala masalah aku mulai sekarang. Sekurang-kurangnya takde la rasa besalah bila kita tak dapat bebakti pada kawan yang banyak berkorban utk kita.