Wednesday, 18 May 2011

Confessions

Dah lama tak review filem (penah ke review sblm nih?)...huhuhu. Ye la, review article journal lebih penting buat masa nih. Tapi sebab nak tunggu subuh punya pasal (skrg subuh kul 2am & habis kul 5am, isyak plak 11.40pm, klu tidur pas isyak, kompem tebabas)...aku pun amik peluang la review satu filem Jepun yang aku tengok online baru2 nih.

Tajuk cite ni, Confession. Mengisahkan seorang guru yang kematian anak. Anak dia baru je umur 4 thn mcm tu. Orang kata kematian anak tu adalah satu kemalangan. Tapi dia tak percaya. Dia rasa anak dia kena bunuh. So, bermula lah kisah guru nih mencari pembunuh anaknya.



Laa....tu je ke? Stereotype story la.....

Ha....mungkin itu yang korang rasa. Aku pun rasa mcm tuh. Tapi selepas babak demi babak, aku rasa cerita ni ada kelainan. Plotnya tersusun rapi. Very unpredictable. Penonton disogokkan dengan plot2 yg biasa kita tgk dalam filem2 lain, sehingga menyebabkan kita membuat kesimpulan mudah. Penonton akan kata "ooo...mesti dia ni yang bunuh"...tp selang beberapa minit, andaian penonton meleset sama sekali. Cerita ni seolah2 mengajak kita sama2 cuba selesaikan misteri di sebalik kematian anak guru tersebut.

Jalan cerita memang aku akui agak stereotype. Tapi garapan cerita tu sendiri, plot2 cerita dan lakonan2 mantap budak2 kecik tu memang menarik minat aku tehadap cerita nih. Memang aku tak sangka jalan ceritanya mcm tuh.

Kalau free2 tu, korang tengok la yer. Dan nilai la sendiri. Selera orang lain2 kan? Personally, aku memang suka cerita yg nmpk simple, tp complex sbnrnya. Memangdangkan aku ni memang sejak kecik suka cerita2 penyiasatan dan misteri2 nih, jd Confession telah masuk ke dalam senarai cerita yang aku beri gred A sebab element misteri yang sgt tinggi. Sangat menyebabkan aku tertanya2 dan x sambar nak fast forward ke minit2 terakhir. Huhuhu

No comments:

Post a Comment