Saturday, 7 May 2011

Karma

Dalam newsspaper, in real life, byk je cerita perempuan atau lelaki yang ditipu kerana cinta. Ada lelaki yang dah kawin, tapi mengaku single, rosakkan anak orang, pastu blah mcm tu jer. Ada jugak si isteri yang berpelakuan sumbang mcm tuh.

Ada jugak lelaki yang sah2 bujang, tapi bekawan ngan perempuan sebab niat2 tertentu jer. Bagi harapan tinggi menggunung, layan perempuan tu mcm gf, telefon tiap hari, chat tiap hari, over concern kat perempuan tu sampai  dia rasa dia lah perempuan yang paling betuah dalam dunia. Tapi, bila dia dah dpt apa yang dia nak dr ppuan tu, dia tinggalkan je perempuan tu dah end up becinta or kahwin dengan perempuan lain. Lebih mengharukan lagi jika parents pun dah tau pasal hubungan diorg dan mula berharap2 agar hubungan tu hingga ke jinjang pelamin.

Bukan lelaki je, perempuan pun ada yang buat mcm tu. Orang yg hadir dlm hidup diorg tu hanya mengisi tempat kosong sementara diorg jumpa orang yang betul2 diorg nak buat pasangan hidup yang sah. Tak salah pun memilih. Sebab keputusan untuk kawin bukan boleh buat mcm keputusan nak beli baju. Even beli baju pun pk berpuluh kali.

Tapi, kalau tak pasti orang tu la yang sesuai ke tak (actually we will never know until we live under the same roof), xyah la layan over sangat2. Nak kawan buat cara kawan. Semua manusia yang normal tau bezakan layanan istimewa dengan layanan biasa. Tapi kalau dah korang layan lebih2, jgn la nak salahkan perempuan / lelaki tu perasan syok sendiri.

Orang-orang yg mcm ni, semuanya selfish. Pentingkan emosi diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang yang dipermainkan tu. Tak perlu nak guna ayat2 basi "aku nak kawan je dgn dia, dia yg perasan aku suka dia". Kalau ko mmg niat nak kawan, tp orang tu yg perasan, memanglah 'salah' orang tu. Tapi perasaan yang datang tu selalunya luar kawalan manusia. Dah hati nak suka. Muka mcm tembok pecah pun bleh buat xleh tido malam.

Tapi, korang ada option. Kalau dah tau orang tu suka kat korang, tp korang xde hati pun kat dia, korang xyahla layan orang tu sgt dah. "Out of sight, out of mind". Teruskan berkawan dgn orang tu hanya akan menaikkan lagi harapan, membiarkan dia terus menunggu. Orang yg mabuk cinta nih, ko buat baik sket je kat dia, dia dah terawang2an dah. Kalau ko bagi dia sekeping daun kering sekali pun, dia akan simpan laminate buat bookmark.

Tak perlu la guna alasan "aku kesian kat dia". Ko layan dia lebih2 sampai dia mabuk cinta lepas tu ko tinggalkan dia dan kawin dgn org lain...tu cara ko kesian? Lepas tu ko ckp kat dia "jodoh petemuan di tgn Allah". Ko ingat dia boleh lupakan ko sekelip mata?

Kalau korang tersedar yang korang hampir jd mangsa orang2 yg selfish mcm ni, apa korang buat? Bagi aku, memula tu memang remuk gak hati aku nih. Inagt hati kita ni barang mainan ke? Ingat kita ni wonderpet...eh...wonderwomen ke hati tu kental? So, sebelum keadaan jd lebih parah, sebelum aku jd betambah2 rapat dengan dia, baik aku yang blah dulu. Sebelum hati aku yg dah sedia remuk tu hancur bekecai.

Ingatlah janji Allah tu benar. Setiap kejahatan, walau sebesar zahrah pun akan dapat balasan. Kita hancurkan hati orang (dengan sengaja), mungkin satu hari nanti orang buat hati kita hancur plak. Lebih menyakitkan kalau yg menhancurkan hati kita tu tu ialah bf/gf, atau suami/isteri, atau anak2 kita sendiri. Kalau x kena kat kita, mungkin kita tgk orang lain buat kat anak2 kita atau sesiapa je la yg significant pada kita... Wallahualam.