Monday, 17 January 2011

Non-Alcoholic Beer?

Korang tentu penah dengar air Barbican? Bentuk mcm botol beer, tp dilabel sebagai non-alcoholic beer. Mula masuk ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2009.

Air ni mula popular dikalangan remaja. Masa aku cari info pasal Barbican ni, tejumpa satu blog. Empunya blog dan orang2 yg komen kat blog tu semua mcm suka Barbican ni, yang datang dlm mcm2 perasa, orange, peach, grapes dan sebagainya. Tambahan pula, stylo habis kalau tonggang botol Barbican ni. Ye la, mcm tonggang arak, tapi halal dan tak memabukkan.

Tapi, aku agak ragu dgn status halal air ni. Walaupun aku tak jumpa fatwa halal haram air ni dari mufti Malaysia, beberapa persoalan yang timbul dalam kepala aku ni membuatkan aku mencari info sekaligus membantu aku dalam membuat keputusan status halal haram air nih.

Info berkenaan Barbican aku ringkaskan spt berikut:

1. Cara pembuatan seperti proses beer
Barbican dipanggil non-alcoholic beer sebab cara pembuatannya menyerupai cara pembuatan beer. Sebab tu dia tak dipanggil soft drink atau air bercabonate. Tapi Root Beer & Ginger Beer mcmne plak? Root & Ginger Beer bukan beer walaupun namanya ada beer. Sebab, dulu2 mmg air ni dalam categori beer sebab cara pembuatannya. Tapi sekarang ginger & root beer dibuat mcm coke, pepsi dan soft drink yg lain. Bleh rujuk sini utk sejarah ginger beer.

2. Fatwa dari negara lain : HARAM
Fatwa dari sumber ini berlandaskan hujah bahawa masih ada kandungan alcohol dalam air tesebut menyebabkan ianya haram.

3. Menyerupai arak
Kenapa kita nak menyerupai sesuatu kaum (kafir)? Rasulullah bersabda yg maksudnya "barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka".

Pastu, perbuatan meniru atau menyerupai sesuatu yg haram tu kan boleh menjadikan sesuatu yg halal itu jatuh hukum haramnya? Contohla, sorg ni minum air teh o, tp dia buat konon2 mcm minum arak, mungkin boleh jatuh hukum haram kat situ.

4. Menimbulkan fitnah
Benda-benda mcm ni la yang boleh merosakkan Islam. Aku cukup menyampah dengan design botol ni. Tak boleh ke design mcm botol soft drink? Nama pun dah mengelirukan, tambah pulak rupa bentuk yang mcm tu.

Cth la, seorang wanita Islam bertudung minum air Barbican ni di satu kedai.
Seorang Islam yg lain nampak akan fikir "eh, nama je betudung, tp tak malu buat dosa tonggang arak, membusukkan nama Islam jer"
Seorang yg bukan Islam mungkin akan fikir "ooo...Islam pun boleh minum arak"

Tak ke menimbulkan fitnah kepada si peminum, dan menimbulkan fitnah pada Islam?

Majlis fatwa Singapore bersetuju bahawa non-alcoholic beer haram antara sebabnya ianya menyerupai perbuatan kaum kafir yg dilarang Islam

5. Kajian scientific tentang bahaya non-alcoholic beer
Kajian dari negara barat pun dah kompemkan non-alcoholic beer ni mmg ada kandungan alcohol, bleh rujuk sini. Keputusan kajian tu menunjukkan yg non-alcoholic beer ni mampu menyebabkan ketagihan alcohol semula pada mereka yg nak berhenti atau dalam proses pemulihan.

Lepas dah baca info2 tu semua, walaupun Majlis fatwa Malaysia xde ckp apa2 pasal ni (or mungkin ada cuma aku je yg tak tau), aku tetap tidak yakin dgn status halal air ni. Air Barbican ni bagi aku mcm percubaan menghalalkan sesuatu yg haram. Sesuatu yg haram tetap haram, babi tetap haram walaupun disembelih.

Lagipun, banyak lagi air yg memang kompem halal diminum kat Malaysia tu. Kenapa air ni yg nak menjadi kegilaan sekarang? Stylo? Hmmm...

p/s: Milo tabur satu!!!

No comments:

Post a Comment