14 February ialah Valentine's Day. Hari menghargai cinta dan berkasih sayang. Tapi, hari ini sebenarnya lebih kepada memperingati St. Valentine. Kalau ikut ahli sejarah dan paderi2 Kristian, susah gak nak kompemkan apa sejarah sebenar penyambutan hari Valentine nih. Mengikut kajian diorg, dulu2 sebelum kedatangan Kristian ke Rome, byk perayaan memuja dewa2 diadakan. So, pada 14 Feb, org2 Rome ni akan mengadakan pemujaan terhadap Tuhan/Dewa Juno, yg dipercayai Dewa Perempuan dan Perkahwinan (Goddess of women and marriage). Pada 15 Feb pula, org Rome akan sambut pesta Lupercalis/Lupercalia.
Pesta Lupercalis/Lupercalia ni plak secara ringkasnya mcm pesta utk mencari pasangan. Zaman tu, pergaulan lelaki dan perempuan sgt2 terbatas. Jadi, setiap 15hb, gadis2 akan tulis nama atas ketas, masukkn dlm balang, pastu teruna2 ni akan cabut satu kertas kat dalam balang tu. Nama yang diorg cabut tu akan jd diorg nyer couple utk hari tu, ada juga hubungan yang berpanjangan, hingga ke jinjang pelamin.
Tapi, lepas kedatangan Kristian ke Rome, segala perayaan2 ni ditukar nama dan digantikan dgn perayaan yg memperingati tokoh2 besar dlm Kristian (paderi2 la selalunya). So, Valentine's Day ni didedikasikan utk memperingati St Valentine, paderi Rome.
St Valentine ni sorang paderi Rom yg hidup di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang kejam. Zaman ni plak, kegemilangan empire Rome ni mula menjatuh. Maharaja Claudius ni rasa antara punca utama kejatuhan Empire Rome ni ialah tenteranya yg mcm lemau2 gitu. Maharaja tu rasa tentera yang single & available lagi bagus dari yg dah kawin or yg sedang hangat becinta. Kira mcm tentera2 single & available ni boleh focus la dlm peperangan. Takde la tgh perang2 tu pun masih mabuk cinta lagi. Jadi, Maharaja ni mengharamkan perkahwinan di kalangan lelaki muda lagi gagah perkasa (potential candidate utk jd askar dia la...). Tapi, St Valentine ni rasa benda ni melanggar fitrah manusia yg dijadikan berpasangan. Jadi dia kahwinkan pasangan2 secara senyap2. Bila Maharaja Claudius tau, amukkan puaka la dia. So, St Valentino ditangkap dan dipenjarakan.
Semasa dipenjara, Maharaja Claudius dtg melawan St Valentine. Soh St Valentine betaubat gitu la, pastu mcm soh tukar ke agama ancient Rome. Tapi St Valentine tak mau. Tetap dgn agamanya. Apa lagi, St Valentine dihukum bunuh pada 14 Feb.
Bila diteliti kisah St Valentine ni kan, konsep mempercayai fitrah manusia jadikan berpasangan adalah bagus. Tapi bila ulama Islam Malaysia mengharamkan sambutan hari Valentine ni, ramai yang kurang setuju. Apa salahnya kita raikan cinta? Yang haram ialah cara sambutannya, kalau pasangan suami isteri nak sambut, apa salahnya kan?
Ok, tu pemikiran aku beberapa jam yang lalu. Tapi, sekarang, selepas aku dah baca beberapa article, ni kesimpulan yang aku dpt:
Kebanyakkan ulama2 Kristian dan ahli2 sejarah besetuju, St Valentine BUKAN diingati sebab usahanya mempertahankan cinta antara manusia.... TAPI..... kecintaannya terhadap KRISTIAN!!
Logic gak ulama2 Kristian & ahli sejarah nak wat kesimpulan mcm tu. Sebab:
- Valentine derhaka kat larangan Maharaja Claudius sbb undang2 takleh kawin tu betentangan dgn hukum Kristian
- Valentine tetap taknak tukar agama sehingga sanggup dihukum bunuh kerana betul2 cintakan Kristian
Jadi, korang nak ke sambut hari yang meraikan Paderi Kristian yang sangat cintakan agamanya?
Baik kita sambut 12 Rabiul'awal, hari memperingati (wpun patut hari2 kita ingat) KEKASIH Allah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang sangat CINTAKAN Allah, CINTAKAN Islam dan CINTAKAN umatnya.
Akhir kalam, aku percaya pada cinta. Bagi aku, setiap orang yang ada cinta dalam hati, adalah orang yang berhati mulia, yang tak sanggup buat kejahatan. Cinta yg aku maksudkan tu tak lah dilimitkan pada kekasih. Tapi cinta kepada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada agama, cinta pada ibu bapa, keluarga, kawan2, haiwan ternakan dan sealam semesta. Sesiapa yang feeling2 sanggup berkorban kerana cinta hingga menyusahkan orang lain tu bukan cinta namanya, tp NAFSU.