Kejadian rusuhan dan rompakan mula menular ke Midlands dan Utara UK. Rasa mcm duduk negara yang sedang berperang. Rasa mcm dalam movie2 Hollywood ketika sesuatu negara atau dunia dalam keadaan huru hara dan menghampiri 'kiamat'.
Macam yg aku beritahu di entry sblm nih, rusuhan berlaku selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis. Kiranya rusuhan tunjuk perasaan tak puas hati terhadap polis. Masalahnyer sekarang nih, orang2 lain mengambil kesempatan atas kejadian tersebut. Kononnya merusuh dengan memecah kedai2, memusnahkan harta benda awam, membakar kedai dan kereta. Tapi sambil2 tu mereka merompak.
Perampok di Birmingham (credit: skynews) |
Seorang pelajar warganegara Malaysia pun telah menjadi mangsa perusuh atau sebenarnya perompak semalam. Aksi merompak telah berjaya dirakam. Dalam video tersebut perusuh kelihatan membantu pelajar tersebut yg berdarah2 (dipercayai akibat dibelasah oleh perusuh2), kemudiannya merompak barang yang ada dalam beg pelajar berkenanan. Basikal pelajar tersebut turut dirampas. Berita lanjut di sini.
wan, jaga diri elok2. risau pulak aku dgr.
ReplyDelete