Dari akhbar tersebut....
"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi."Firstly, aku tak tau sapa yang keluarkan statement ni. Either Dr tu, atau wartawan yang melaporkan. Kemungkinan juga wartawan tu yg tulis statement tu sbb dia nak summarize kenyataan Dr iaitu:
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.Walaupun aku belum bergelar isteri, tapi aku cukup sentap ngan statement tu. Darjat seorang isteri tu sangat tinggi di sisi Islam. Jadi, jangan sama kan mereka dengan pelacur, tak kisah tinggi mana kelas pelacur tersebut.
Bak kata Liza, kenapa tak ajak semua isteri berusaha untuk menjadi BIDADARI syurga?
Dr tu kata suami xkan carik lain kalau layanan isteri sama atau lebih baik dr pelacur... ye la, pelacur maybe expert bab nih sbb byk pengalaman, practice make perfect la kot...
Cuma, teringat kisah sorg kwn, becerai dgn suami sbb suami bezina, isteri dah jlnkn tugas sehabis baik, tp suami bezina dgn kwn sendiri dgn alasan si isteri x pandai di katil...mslhnyer, mcmne suami tu tau orang lain lebih pndai melayan dr isterinya?
Sorg lagi kawan aku bercinta dengan suami orang. Alasan si suami utk curang, sama je mcm kes yang pertama.
Eh...hello... tolong la bagi alasan yg munasabah sket. Ye, aku faham nafsu lelaki utk bab2 tu lebih besar dari perempuan. Sebab tu la kot Islam benarkan lelaki kahwin lebih dari 1 kalau mampu. Salah satu tujuan kahwin pun kan untuk salurkan nafsu tu dengan cara halal. Cuma.... dalam cth2 yg aku bagi tadi, orang ketiga tu bukan pelacur. Malah langsung takde pengalaman. So, macam mana si suami tau perempuan2 tu lebih bagus dari isterinya?
Isteri tak pandai layan mungkin akan 'menggugat' keharmonian rumah tangga. Tapi, mungkin tak kalau si suami tu yg selfish dalam hubungan intim tu sampai si isteri jadi malas? Entahla, tak kwin lagi, so...tak ler faham sangat mcmne kekdahnyer. Cuma, kalau nafsu suami terhadap tu kuat, isteri plak mcm endah x endah jer, bagitau la isteri masing2. Bawak2 la bebincang. Ntah2 punca isteri dingin tu pun sebab si suami. Sapa tau kan?
Semua tu alasan jer. Kalau si suami tu beriman, dia takkan pergi carik benda yang haram baginya. Lagipun, perkahwinan tu bukan untuk puaskan nafsu semata-mata. Skopnya sangat luas. Perkahwinan perlukan kerjasama kedua2 pihak. Masing-masing tak boleh pentingkan nafsu, emosi, kehendak sendiri sahaja. Dah nama pun berkongsi hidup. Kena la ada give and take.
Eh... cakap mengalahkan orang dah kawin. Huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment