Friday, 10 June 2011

Perokok pentingkan diri!!

Ye... perokok ni mementingkan diri sendiri, pastu menyusahkan orang. Bukan setakat menyusahkan, bahkan membahayakan. No wonder la fatwa mufti Malaysia mengharamkan rokok.

Pertama, negara melarang pembakaran terbuka. Sebab nak kurangkan CO2 di udara. Kurangkan pencemaran. Tapi si perokok punya tagline "ada aku kesah?"

Dahla merosakkan paru2 sendiri. Tapi ada hati nak sharing is caring. Secondary smokers punya risiko mendapat barah pun sama je macam smokers... ntah2 lebih tinggi. Ye la...smoker hisap dan hembus, yang secondary smoker nih hisap jer x hembus2...



Korang penah ada dalam situasi mcm ni tak: Dok dalam bilik aircond, pastu ada orang tanpa segan silu merokok dalam bilik tu. Apa yang korang rasa?

Sekarang bilik aku ni dah jadi mcm situasi kat atas. Walaupun patutnya sekarang ni musim panas, tp lately ni sejuk. Nak-nak malam2. So, udara mcm 'berat'. Macam dalam aircond tu la. Udara tekepam. Pastu, jiran aku plak merokok rasanya sejam sebatang kot, pastu takut alarm bilik dia bebunyi, dia hembus ke luar tingkap. Tingkap dia plak betul2 sebelah tingkap aku. Walaupun aku dah tutup tingkap, tapi bau tu tetap masuk dalam bilik. Sudahnyer, bau tekepam dalam bilik. Nak bukak tingkap, nanti asap masuk. Nak biarkan tetutup, bau tekepam plak. Hissshhhhhhh!!!!

Dah seminggu dia mcm nih... Tak tau apsal lately menjadi-jadi plak kadar perokokannya setiap hari. Dulu, kalau dia nak smoking, dia turun ke bawah flat. Sekarang nih, dah malas gamaknyer.

Yang jadi masalah sekarang, rasa susah nak benafas. Pastu muka, tekak, mata, hidung dan telinga aku naik gatal2. Dah ditakdirkan kulit aku memang sensitif. Kalau habuk, asap kereta / bus tu memang hidung aku akan gatal2 sampai rasa nak cabut jer kejap. Kadang-kadang dengan perfume (terutamanya perfume yang ada dalam lotion) pun muka aku leh naik radang. Ni kan plak dengan asap rokok. Malam tadi paling teruk. Tebangun tidur semata-mata sebab hidung rasa sakit dan gatal2.

Hari ni gak aku nak p opis, report pasal nih. Rule is rule. Aku dah tak boleh tahan dah.

No comments:

Post a Comment