Tuesday, 22 February 2011

Makan makanan haram??

Bila sebut makanan yang haram, kebanyakkan orang akan ingat babi dan arak. So, kalau bukan babi dan arak, semuanya halal.

Tapi korang pun tau kan, makanan yang haram tu luas maksudnya. Makanan yang asalnya halal, cthnya nasi kerabu warong kak limah, tapi cara mendapatkannya haram, cthnya curik dari warong kak limah, jatuh hukumnya haram juga kan?

Macam mana pula beguni-guni beras yang bertaburan di jalan raya akibat lorinya yang terbabas? Macam mana pula dgn air yougurt dan duit syilling yang turut betaburan di jalan raya atas sebab yang sama mcm lori beras tu?

Tak salah kan kutip pastu bagi anak bini makan? Siapa suruh pemandu lori bawak laju2, kan dah tegolek. Kira bagus apa ada sukarelawan tolong kutip sekaligus bersihkan jalan raya.

Ok2...utk sesiapa yg agak 'slow', perenggan kat atas tu adalah sindiran semata2. Sesuatu makanan tu jatuh hukumnya haram sekiranya ia:

  1. telah termaktub haram hukumnya dalam Quran dan hadis seperti babi, arak, bangkai, 
  2. makanan yang kotor dan jijik
  3. makanan yang memudaratkan kesihatan, jiwa, raga, moral etc mcm dadah, rokok
  4. makanan yang diperolehi dari cara yang haram seperti hasil curian, hasil riba, dan cara2 yang dilarang agama


So, kutip beras, yougurt dan duit syilling tu bukan ke sama mcm yang no 4 tu? Hmmm.

Kenapa Islam menitik beratkan tentang makan makanan yang halal? Sebab makanan tu akan jadi darah daging kita. Akan jadi sebahagian dari diri kita. Cth mudah, kalau kita makan makanan yang segar2, berkhasiat, seimbang, badan kita pun sihat. Tapi kalau hari2 dok bedal McD, KFC, memang cepat la dapat sakit jantung, darah tinggi , obes semua tu.

Ni antara kesan makan mknn yg haram (Sumber: Click Sini):

1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. Manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal. Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram. Segala-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.

3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).

4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.

5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkab dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapin tidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.

6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabial mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.

7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini..telah lahir akibat manusia memakan khinzir walupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.

No comments:

Post a Comment