Wednesday, 23 February 2011

Migraine...

Doctor dah diagnose aku ada aura migrain, iaitu sejenis migrain yg ada signal awal sebelum migrain menyerang. Tanda2 awal tu mcm pemandangan kabur dan sensitive pada cahaya atau bunyi. Mungkin lepas beberapa minit atau jam selepas dapat tanda2 tu, migrain menyerang. Sekali dia serang tu mmg dahsyat la, sakitnya bukan kepalang, campur ngan muntah2 lagi. Kalau tidur, pas bangun tu pun belum tentu migrain hilang.

Yang ok nya, migrain ni hanya menyerang sekali or paling2 pun 2x setahun. Tahun 2006 kali pertama aku kena, 2007 dan 2009 aku kena sekali. Yang 2007 tu paling teruk sebab aku kena masa tgh kelas. Lecturer soh kawan hantar aku ke hospital.


Lately selalu plak sakit2 kepala. Ni dah masuk hari ke 4 dah aku rasa kepala bedenyut2, mual2. Tak tau la sebab banyak sangat mengadap laptop ke, jadual makan yang tak teratur, perubahan hormon, stress yang memuncak atau mmg nak kena migraine. Sekarang bukan masa yang bagus utk jatuh sakit. Kerja melambak. Hmmmm. Aku dok telan ubat jer. Kalau boleh nak elakkan, sebab takmaula bergantung sgt pada ubat. Lagipun, takut ada side effect je nanti. 

Aku nak baring2 la sekejap, rehatkan otak.... =(


1 comment:

  1. wan, get well soon! bykkan rehat mcm kucing kat last photo tu.

    ReplyDelete