Benda pertama yg akan dinilai di akhirat, semua orang pun tau, solat. Solat ni bukan boleh buat main2. Siap ada neraka khas utk mereka yg lalai dlm solat. Huhuhu.
Td aku baca entry Rukun Sembahyang Yang Pertama Niat. Sila click link tu utk faham lebih lanjut yer. Yang kat bawah ni ringkasan atau notes utk aku dimasa akan dtg.
1. Tidak sah solat jika tidak ada niat dalam hati...so, niat = wajib, lafaz = sunat
2. Kita belajar masa sekolah2 dulu, ialah lafas niat yang sempurna, tp yang wajib kita niat ialah:
- sahaja aku solat (rela bukan paksa2)
- nyatakan fardu (sbb solat fardu, bukan solat sunat or qada)
- waktu solat tu (fardu zuhur ke, fardu asar ke)
Yg sunat ialah "sahaja aku solat fardu zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"
3. bagi yang susah nak niat sambil takbir, yang ada penyakit was2 (ye la, takbir pun rukun gak, kena didengari oleh telinga sendiri)...di bolehkan niat dahulu pastu baru takbir
Berkata Imam Nawawi harus menghadirkan niat sebelum sedikit daripada takbir, ini dimaafkan bagi mereka yang sukar hendak menghadirkan niat didalam hati pada ketika takbir.Tapi bg mereka yang takde was2 ni, kenala niat dan takbir tu sekali...
4. niat tanpa perbuatan tidak dinamakan niat tp azam (nak buat sesuatu, tp x buat lg)... tu sebab niat solat kena beserta dgn perbuatan iaitu takbir....
Wallaualam.
No comments:
Post a Comment