Bleh kata semua orang ada facebook. Yang baru lahir pun ada mak2 or bapak2 yang tolong set up kan account.
Sekarang dah dunia facebook. Kalau tgk iklan, possibility utk dgr iklan tu kata "Visit our facebook page for more info" adalah tinggi. University pun dah mula ada facebook page sbb student2 lagi rajin bukak facebook dr bukak website. "Do you have a facebook account?", "Can I add you on facebook?" merupakan antara soalan-soalan yang telah dikira sebagai 'kurang personal' dari meminta email atau nombor telefon.
Facebook adalah satu benda yang baik, jika digunakan dengan cara yang betul. Facebook bukan saja boleh merapatkan hubungan silaturahim, terutamanya dgn rakan2 uni hingga ke rakan tadika. Kalau dulu, panggilan telefon atau email jadi 'pengupdate', sekrg tugas itu dah digalas oleh facebook. Selain update kehidupan rakan2, update tentang isu semasa pun semakin mudah diperolehi apabila ada yang share / post info di facebook. Facebook turut mempunyai sistem privacy yang mana kita boleh menghadkan siapa yg boleh access pada gambar2 kita, pada info peribadi dan sebagainya.
Tapi, kebanyakkan orang tidak mahu menggunakan sistem itu. Ye la, kalau mahukan privacy, kenapa perlu ada facebook? Namun, bagi saya, kebanyakkan orang menggunakan facebook utk berkongsi hal-hal peribadi yang terlalu peribadi. Segala maklumat seperti nama penuh, email, nombor telefon, alamat rumah, hatta nama kucing kesayangan jiran pun dipaparkan. Gambar2 diupload sesuka hati tanpa disaring terlebih dahulu. Memanglah niat utk share, tp fikir2kanlah gambar itu utk tatapan siapa. Ada yang upload gambar2 yang menyakitkan pandangan mata seperti berkepit dengan yang bukan mahram, dgn baju yang mendedahkan perhiasan kurniaan Allah. Tidak kurang juga yang mempamerkan gambar-gambar anak-anak yg dalam keadaan tanpa seurat benang. Biarpun aurat mereka belum wajib ditutup, tapi sebagai manusia, biarlah kita ini beradab.
Selain gambar yang menjelekkan, ada juga yang mengupload gambar hiasan dalaman rumah, kereta, telefon dan sebagainya. Siap dengan jenama barang-barang tersebut. Mungkin niat si pemilik gambar hanya utk berkongsi kegembiraan kerana berjaya memiliki barang-barang tersebut. Tapi pada pandangan orang lain, ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah salah satu cara utk bermegah-megah lagi menunjuk-nunjuk kekayaan.
Lain pula ceritanya dengan orang yang suka mengupdate status. Tidak kisahlah kalau anda mabuk cinta, sekalipun ianya cinta yang telah halal. Saya tahu anda terlalu cintakan suami anda, sehingga ingin semua orang tau betapa romantiknya suami anda itu. Feeling2 Azhar Sulaiman menjerit di tepi pantai (kalau korang ingat lagi cerita itu) atau feeling2 Tom Cruise melompat2 atas kerusi dlm rancangan Oprah. Tapi, takkanlah cerita keromantikkan suami di bilik tidur pun harus dikongsi?
Selalunya kita sendiri boleh nilai, mana satu sharing, mana satu annoying. Gambar rakan2 mengdaki gunung (sambil jeling pada Sham), gambar percutian keluarga dan lagak comel si kenit milik Charming Umi dan Pinkertonic tidak pernah saya rasa sebagai satu perbuatan riak. Kita sendiri boleh rasa, kita sendiri boleh nilai. Dan saya bukan bias kerana mereka kawan-kawan saya.
Tapi kalau dah tepampang gambar2 kereta baru yang diambil dari pelbagai sudut berserta description ala2 katelog BMW, gambar2 setiap inci rumah beserta ayat2 seperti "hasil dari IKEA...hasil dari SSF", hatta pintu pagar rumah pun beserta caption "besi tahan karat, aloi 14 inci, automatik...yeay!"saya tanpa segan silu dan konfidennyer saya berfikiran bahawa orang itu sedang riak lagi takabbur, biarpun dia kawan saya.
Oh...adakah mungkin saya jeles dgn mereka? Ye la, rumah saya ni, bukan kata tiada hiasan IKEA, pintu pagar pun tiada =) eh cop...rumah pun xde lagi...huhu
Facebook boleh jadi benda yang baik, dan juga benda yang buruk, terpulang pada cara kita yang menggunakannya. Saya juga kadang kala terlupa akan hal2 ini. Jadi, kepada pengguna facebook, termasuklah diri saya, jangan pula facebook menjadi tempat dosa kita berganda-ganda.