Saturday, 18 December 2010

Kenal Islam Kenal Segalanya



Terkejut dgn video pengakuan gay seorang lelaki dengan menggunakan slogan 'kenal diri kenal segalanya'. Apasal bukan 'kenal Islam kenal segalanya"?

Kononnya, orang gay or lesbian di Malaysia dibuli, terasing dan stress sehingga ada yang pelajaran kehidupan teganggu, bunuh diri dan sebagainya. Nasihat-nasihat daripada ibu bapa, guru-guru, ustaz ustazah dikatakan tidak memihak kepada golongan gay & lesbian ini sebab penasihat-penasihat itu heterosexual. Jadi video ini dibuat untuk memberitahu pada remaja2 atau sesiapa yang gay / lesbian, bahawa mereka ni tak keseorangan, ada support system.

Bila seseorang itu kompius, dia gay atau tidak, mendengar nasihat dari heterosexual akan menjadikan dia heterosexual, mendengar nasihat dari homosexual akan menjadikan dia homosexual. Sama la mcm kita kompius nak sokong parti politik mana, pergi ceramah UMNO, kita bekobar2 nak sokong UMNO, pergi ceramah PAS, kita nak sokong PAS. So, jangan nak salahkan penasihat-penasihat itu at the first place, tujuan mereka hanyalah menarik orang utk join kumpulan/community mereka.

Bila dalam keadaan keliru, ragu-ragu, blur habis....kita rujuk al-Quran. Kita kembali kepada Islam. Dalam al-Quran tu dah lengkap cerita kenapa terciptanya lelaki dan pasangannya perempuan. Kenapa Allah larang hubungan sejenis.

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan." (Surah al-Araf: 80 - 84)

Oklah, kita tolak isu agama tu ketepi seketika. Kita pikir logik la sekejap. Senarionye mcm nih:

Seorang perempuan bekerja makan gaji di satu ofis. Dia mengenali dirinya seorang yang pemalas. Tapi sebab bossnya sangat garang. Kalau malas, tak dapat gaji. So, dia terpaksa berubah menjadi seorang yang rajin sebab boss dia menetapkan pekerja2nya perlu jd rajin utk dpt gaji.

Seorang lelaki tidak suka membeli barang dengan duit sendiri. Dia lebih suka mengambil barang orang. Tapi undang2 negara kata, siapa mencuri akan dipenjara. Sebab takut dipenjara, dia tidak mencuri.

So....kita gantikan 'pemalas' dan 'suka mengambil barang orang' tu dgn gay... 'boss' itu dgn Tuhan. Gantikan 'undang2 negara' tu dgn undang2 Islam.... so, korang nampak apa persamaannya??

Seperti En Azwan ni cakap, agama & budaya banyak mencorakkan kehidupan kita, apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi. Tapi, lupakah En Azwan untuk apa al-Quran tu diturunkan? Rasulullah dan  para Rasul sebelumnya pun dididik. Sebab manusia ini perlukan nasihat dan petunjuk, untuk kita tau mana yang betul, mana yang salah. Kata-kata Shannon Ahmad tu beria plak nak ikut. Dahlah salah interpret. Kata-kata Allah yang straightforward dalam Quran tu apsal plak tak nak percaya/ikut?

Iqra'.... kenapa ini perkataan pertama yang diturunkan kepada Rasulullah? Mungkin byk reason, tp salah satu reasonnya adalah untuk manusia ini belajar membaca, menimba ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang diturunkan di dalam al-Quran sebab dengan ilmu boleh membentuk dan mencorakkan keperibadian seseorang.

Memang terpulang kepada kita nak jadi apa pun. Nak jadi majistret, lawyer....ahli muzik....ikutlah... Tapi, even dalam undang2 negara pun, ada benda yang kita tak boleh jadi. Kita tak boleh jadi pencuri, penjenayah, penagih dadah walaupun kita becita2 besar nak jadi pencuri yang tabah lagi berwibawa. Nak tak nak kena ikut. Kalau tak, kehidupan kita takkan aman. Ada yang kata, kita takleh samakan gay dengan pencuri. Sebab gay tak mengganggu orang. Gay buat hal sendiri. Pencuri menyusahkan orang.

Tak mengganggu orang ko kata? Tak tau ke salah satu sebab kes penceraian di Malaysia ialah suami tu sebenarnya gay? Kahwin hanya sebab nak jaga imej. Katakan budaya gay menular dan majority lelaki gay. So, perempuan-perempuan akan cari alternatif, jadi lesbian. Lepas tu, perempuan2 straight tepaksa bekongsi kasih ngan suami perempuan2 lain. Pastu bila semua orang gay/lesbian, manusia makin pupus sebab takde pertambahan zuriat. Pastu mula kalau perempuan nak anak, tepaksa guna teknologi.

Dunia yang macam tu ke yang korang nak? Yang tunggang langgang, yang tak ikut fitrah? Allah dah jadikan manusia dan sistem alam ni elok2 dah. Apa yang korang nak lagi, merdeka? Merdeka apa yang korang maksudkan?

Kena faham maksud merdeka itu. Sebebas mana kita boleh lakukan sesuatu? Takyah la tgk jauh2. Cukup tgk keadaan dalam ofis korang. Sebebas mana korang boleh keluar masuk ofis? Sebebas mana korang boleh siapkan or tak siapkan kerja?

Budaya gay or lesbian ni sebenarnya adalah 'gaya hidup'. Benda yang boleh dipilih. Bukan ketetapan. Video, movie, kempen dan sebagainya tentang 'Saya gay dan saya ok' semua ni hanyalah satu escapism diri. Terikut2 dgn budaya. Terikut2 dengan nafsu. Mencari jalan alternative utk memuaskan diri.

Ada yang kata, mengaku gay tak semestinya berdosa sebab dalam Quran, hanya disebut larangan 'perbuatan' kaum Nabi Luth. So, selagi tak melakukan hubungan seks sejenis, selagi itu mereka ini tidak boleh dihukum. Gay hanyalah sexual orentation, hanyalah perasaan. Tapi... Pada pendapat aku, hukum dosa tak dosa tu aku tak tau. Yang aku tau, perasaan seseorang tu dipandu oleh akal dan nafsu. Kalau kita sukakan seseorang, tak kira sama jantina atau lain jantina, memang akan ada tarikan sexual. Itu fitrah. Tapi jika kita pandu perasaan itu dengan akal (iman), insyaAllah kita terselamat dari 'perbuatan kaum Nabi Luth' atau berzina.

Lagi satu, mengakui gay secara terang-terangan tu samalah mcm 'mempromosi' dosa yang dilakukan. Rasulullah s.a.w bersabda:

Rasulullah bersabda :
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]

Ingatlah, selagi Islam itu agama kita, selagi Allah tu Tuhan kita, selagi al-Quran itu kitab kita, selagi Rasulullah itu Nabi junjungan kita, kita suka atau tidak, kita kena ikut segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya.

Kenali Allah, kenali Islam, kenali segalanya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“… dan apabila telah banyak kejadian laki-laki ’mendatangi’ laki-laki, maka Allah akan mencabut tangan-Nya dari makhluk, sehingga Allah tidak mempedulikan di lembah mana mereka akan binasa.”(HR at-Tirmidzi, al-Hakim,dan at-Tabhrani).
Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment