Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
-Lirik 1 Muharram-
Hari ini, bila aku baca Ustaz MAZA punya entry yg betajuk Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah : Minda Tajdid, baru aku teringat kisah hijrah yang aku belajar masa Pendidikan Islam sekolah menengah.
Kalau ikut kronologi hijrah, mmg bukan bulan Muharram. Tapi bulan Rabi'ul Awal. Tapi bila dah habis sekolah, habit aku ialah mengingat sesuatu dgn lagu. Ye la, senang sket nak hafal. Macam nama2 Allah, sifat 20, nama2 Rasul, nama surah2 dalam Al-Quran, nama2 bulan dalam Islam dan sebagainya.
Bila baca entry Ustaz MAZA, terus rasa mcm kena "paanggg"...ish ish ish.. sejarah Islam pun boleh lupa, boleh amik mudah, dan yang paling teruk, salah plak tuh. Ni semua lagu 1 Muharram tu la punya pasal.
So, apa sebenarnya yang jadi masa Muharram? Korang ingat lagi tak dulu kita belajar, dalam Muharram tu ada pekataan harram, yang mana pada bulan ini tergolong dalam 4 bulan yang dimuliakan dan diharamkan berbuat dosa dan maksiat. Bulan ni pun terdapat larangan khusus seperti larangan berperang. Tapi jangan salah faham pulak...bulan-bulan lain pun takleh gak berbuat dosa. Cuma Islam menekankan bahawa kita perlu memuliakan Muharram, Rejab, Zulhijjah & Zulkaedah.
“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)Bermacam2 kisah terjadi di Bulan Muharram. Boleh surf sendiri kat internet. Heipp!! Jangan malas!
Tapi kat sini aku nak share bagaimana memanfaatkan bulan Muharram yang juga dikatakan bulan Allah ini.
1. Berhijrah kearah kebaikan
Saidina Umar al-Khattab mengambil bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Islam sebab umat Islam pada ketika ini baru sahaja selesai menunaikan ibadah haji. Manakala sebelum bulan haji, kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kiranya mcm 'kursus' mendidik nafsu. Bersesuaian dgn itu, kita sebagai umat Islam dituntut untuk memperbanyakkan amalan pada bulan Muharram dan bulan2 seterusnya. Macam mempraktikkan dan meneruskan amalan2 yang dah dilakukkan pd bulan2 sebelumnya.
Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
2. Puasa sunat
Tiada puasa khusus pada bulan ini, melainkan kita digalakkan berpuasa pada 10 Muharram. Disebabkan kaum Yahudi akan berpuasa juga pada 10 Muharram, jadi Rasulullah galakkan kita berpuasa pada 9 Muharram juga demi tidak menyerupai kaum itu. Namun, Rasulullah telah wafat sebelum sempat baginda melaksanakannya.
Sabda Rasulullah saw : “puasa hari asyura menghapus dosa setahun yg sebelumnya” Shahih Muslim hadits no.1162)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
No comments:
Post a Comment